Sabtu, 29 November 2008

Semoga Cinta Itu Abadi 5


“Syaza, awak mahu pergi mana tu?” tanya Nazrin menghampiri Syaza dan Rina. Syaza yang sudah melangkah untuk pulang berhenti.

“Saya nak pulang, encik. Saya dah letih ni,” kata Syaza. Dia tidak berani merenung mata Nazrin. Takut perasaannya tidak dapat dikawal.

“Awalnya. Kenapa nak balik awal sangat?” tanya Nazrin lagi. Syaza terdiam. Panggilan aku kau sudah bertukar saya awak. Nazrin memang pandai berlakon tapi dia perasan wajah Rina sudah berubah. Cemburu barangkali. Tapi, memang hak Rina untuk cemburu. Nazrin adalah bakal tunangnya.

“Saya tak berapa sihat ni. Saya pergi dulu,” kata Syaza lalu mula melangkah namun langkahnya terhenti apabila Nazrin memegang kejap tanganya. Syaza cemas.

“Awak tak sihat? Biar saya hantar awak balik?” kata Nazrin tanpa melepaskan tangan Syaza. Syaza memandang Rina. Sekarang wajah Rina betul-betul berubah. ‘Kan kau benci aku, kenapa nak ambil berat? Tolong jangan berlakon lagi!’ marah Syaza dalam hati.

“Tak payah. Saya boleh balik sendiri,encik”

“Mana boleh. Awak tak boleh balik seorang, Syaza. Bahaya,”

“Tak payah risau. Aku yang akan hantar Syaza. Kau tak payah risau,” Faisal mencelah. Dia merentap tangan Syaza dari tangan Nazrin. Mereka bertentang mata. Tajam. Syaza dapat merasakan aura yang tidak baik.

“Err, ya. Kami pergi dulu,” kata Syaza lalu melangkah.

“Syaza, nanti dulu!” Syaza mendengar suara Nazrin betul-betul dibelakangnya tetapi dia tidak peduli. Dia terus melangkah. Tiba-tiba Syaza merasakan ada tangan yang menolak tubuhnya. Syaza hilang kawalan. Syaza merasakan tubuhnya melayang lalu terjatuh ke dalam kolam renang. Syaza terkapai-kapai. Dia tidak pandai berenang. Badannya kesejukan dan mata Syaza berbalam-balam. Akhirnya pandangannya gelap…


***********************

Syaza membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Apabila membuka matanya, wajah Rina muncul di hadapannya.

“Syukurlah, awak dah selamat. Terkejut saya bila awak tiba-tiba jatuh ke dalam kolam renang,” kata Rina sambil menggenggam tangan Syaza. Syaza hanya diam. Dia merenung keadaan sekeliling. Ia berada di atas katil di dalam bilik yang mewah. Dia mengagak ini kamar tetemu di rumah Datuk Hisyam. Dia memandang pula tubuhnya yng sudah bertukar pakaiannya. Siapa yang menukar pakainnya? Tentu Rina.

Dia cuba pula mengingati kejadian itu. Tangan itu! Ada tangan yng menolaknya. Tapi siapa? Siapa yang sanggup menolaknya? ‘Nazrin! Nazrin sahaja yang berani menolaknya. Dendam Nazrin tidak pernah padam. Kenapa? Kenapa?!’jerit Syaza dalam hati.

“Biar saya ambilkan sup ayam. Tentu awak sejuk, kan? Tunggu saya,” kata Rina lalu menghilang di balik pintu. Syaza menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Menangisi nasibnya yang dibenci oleh orang yang dicintai. Sampai hati kau Nazrin!

“Macam mana keadaan kau? Dah baik?” suara Nazrin kedengaran. Syaza tersentak. Serentak itu dia bangun dari katil dan menyarungkan tudung. Terhuyung-hayang badannya akibat badannya yang masih lemah. Nazrin segera menyambut Syaza.

“Lepaslah,” kata Syaza lalu menjauhkan dirinya daripada Nazrin. Dia benci Nazrin! Benci!
“Saya tahu encik yang tolak saya ke dalam kolam, kan? Kenapa encik benci sangat kat saya?!” jerit Syaza sedikit lantang. Air mata yang sejak tadi ditahan menitis dipipinya.

“Apa maksud kau ni? Aku tak faham,” kata Nazrin kehairanan. Syaza mencebik. Nampaknya panggilan aku kau sudah kembali bila tiada orang di sisi.

“Jangan berlakon lagi. Biasanya encik berlakon di depan semua orang tetapi tidak saya. Encik memang nak saya mati ke? Saya tak sangka encik sanggup buat begini kat saya,” kata Syaza. Tangisannya sudah kering. Dia memukul-mukul bahu Nazrin. Dia betul-betul sakit hati dan sudah tidak mampu lagi menahan semuanya. Dia mahu melepaskan semuanya hari ini.

“Apa maksud kau ada orang tolak kau dalam kolam? Kau jatuh sendirilah,” kata Nazrin sambil mencengkam kedua-dua tangan Syaza. Rimas dia melihat tangan halus itu bergerak-gerak.

“Saya boleh rasa. Ada orang yang tolak saya dengan sengaja dan orang itu pasti encik. Encik ada dibelakang saya waktu itu. Encik juga bencikan saya!” jerit Syaza lagi. Sopan santunnya sudah terbang ke mana.

“Kenapa dengan kau ni? Lepas jatuh dalam kolam terus jadi tak betul?!” Nazrin mula membahang.

“Kenapa encik benci sangat ngan saya? Kan saya dah kata bukan saya yang adu kat Cikgu Khalid pasal encik mabuk dan pergi ke kelab malam. Memang saya ada terserempak encik dalam keadaan mabuk tapi itu tak bemakna saya yang mengadu. Encik ni kan cerdik. Tentu encik boleh fikir. Tapi encik tak fikir! Encik tuduh saya, encik seksa saya. Dulu saya dah cukup terseksa, encik tak puas lagi ke?” kata-kata Syaza semakin kasar.

“Sepatutnya aku yang patut tanya kau macam tu. Aku yang terseksa disebabkan kau. Aku cuma nak kau rasa, apa yang aku rasa. Kau yang minta semua itu!”Nazrin menengking. Syaza kecut perut tetapi amarah lebih menguasainya.

“Apa yang saya dah buat sampai encik buat saya macam ni? Encik tak ada hak untuk menyesa saya di atas sesuatu yang tidak saya lakukan! Encik ego!” Syaza membalas tengkingan Nazrin.
“Kau yang ego. Dulu aku sedar, walaupun kau bersalah tapi aku keterlaluan dengan kau. Aku berhenti, malah minta maaf lagi. Tapi kau, kau tak serik-serik! Kau sebarkan pulak gambar aku masa mabuk kat sekolah. Budak-budak sekolah semua tahu. Habis reputasi aku! Lepas tu kau selamba je blah pergi sekolah lain!” tengking Nazrin. Syaza terpana. Dia terdiam seketika. Lepas itu marahnya kembali marak.

“Bila masa encik mintak maaf dengan saya? Encik kata, encik berhenti kenakan saya tetapi itu semua tipu! Seminggu sebelum saya pindah, semakin menjadi-jadi encik kenakan saya. Letak gam kat kerusilah. Habis koyak baju sekolah baru saya. Encik tahu tak, lama dah saya tunggu nak baju sekolah baru tapi encik dah rosakkannya. Mungkin bagi encik baju tu tak bernilai tapi bagi saya, baju itu bernilai. Saya tak kaya macam encik! Bukan itu aje, encik koyak buku saya, sembunyikan kasut saya, simbah cat kat beg sekolah saya, surat yang mencaci saya dan macam-macam lagi. Jadi, itu maksud encik, yang encik dah sedar?!” Syaza menolak Nazrin. Hampir terjatuh Nazrin dibuatnya.

“Bukan akulah yang buat semua tu! Aku tak kejam macam kau!” jerit Nazrin sambil mencengkam bahu Syaza.

“Kan saya dah kata, bukan saya! Kenapa encik tak faham-faham? Sakitlah!” Syaza cuba melepaskan cengkaman Nazrin di bahunya tetapi tidak berjaya.

“Tidak! Kau memang patut diajar!” marah Nazrin menguatkan cengkaman. Syaza terjerit kecil.

“Lepaskan Syaza. Betul apa yang dia kata tu. Bukan dia yang adu kat Cikgu Khalid pasal kau,” Faisal tiba-tiba muncul dan menolak Nazrin. Nazrin terduduk di atas lantai.

“Hei, siapa kau nak tolak dan marah aku?! Kau tak tahu apa-apa!” Nazrin bangun dan berdepan dengan Faisal. Mukanya merah padam.

“Aku tahu siapa yang adu pada Cikgu Khalid waktu itu. Aku juga tahu siapa yang sebarkan gambar waktu kau sedang mabuk. Orang itu yang pastinya bukan Syaza,” kata Faisal tenang. Terkejut Syaza.

“Awak..awak tahu, siapa sebenarnya orang itu? Siapa?” tanya Syaza tidak sabar.

“Jangan berlagak tahu! Kau sebenarnya tak tahu apa-apa!” tengking Nazrin. Mujur bilik tetamu ini terpencil sedikit. Jikalau tidak, pasti semua orang sudah boleh mendengar pertengkaran mereka.

“Kau sebenarnya yang tak tahu apa-apa. Kau dah kena tipu hidup-hidup!” suara Faisal mula meninggi.

“Berani kau!” kata Nazrin lalu meluru ke arah Faisal. Mahu ditumbuknya wajah tampan Faisal tetapi langkahnya berhenti apabila Syaza menghalang dengan tubuhnya.

“Sabar, encik. Jangan diturutkan hati. Saya memang tidak bersalah. Jadi, saya nak dengar penjelasan Faisal. Boleh, kan?” tanya Syaza lembut. Dia harus berbuat begitu untuk menenangkan Nazrin. Nazrin yang mendengar meraup mukanya.

“Baiklah. Cepatlah cerita!” kata Nazrin lalu duduk di atas sofa yang memang sedia ada di dalam bilik tetamu yang mewah itu. Syaza dan Faisal juga turut melabuhkan duduk di sofa.

“Begini. Waktu itu, aku mahu berjumpa dengan pengetua,” kata Faisal memulakan bicara.

“Kenapa kau nak jumpa dengan pengetua?” tanya Nazrin bosan. Dia seperti tidak berminat untuk mendengar cerita Faisal. Dia hanya ingin bermain-main. Faisal yang bercerita menjeling tajam.

“Boleh tak kau biarkan aku habiskan cerita, dulu?!” tanya Faisal geram. Nazrin hanya tersenyum sinis.

“Aku mahu jumpa dengan pengetua sebab aku mahu serahkan borang pindah sekolah. Tapi waktu itu sudah petang dan semua pelajar sudah balik. Pengetua pun sudah balik. Jadi aku pergi ke bilik guru. Manalah tahu masih ada guru yang tinggal. Nasib aku baik, Cikgu Khalid tak balik lagi. Tapi sewaktu aku mahu berjumpa dengan Cikgu Khalid, ada seorang budak perempuan ini lebih dulu berjumpa dengan dia,” cerita Faisal. Nazrin mengangkat kening. Mula menunjukkan minat.

“Secara tidak langsung aku terdengar perbualan diorang. Yalah, waktu itu tiada orang lain di bilik guru. Budak perempuan itu cerita kat Cikgu Khalid pasal kau suka pergi kelab malam dan minum arak sampai mabuk. Kau juga suka berfoya-foya dengan perempuan kat kelab malam. Pada mulanya Cikgu Khalid tak percaya, tetapi dia akhirnya percaya bila budak perempuan itu tunjukkan gambar sebagai bukti. Terus dia meradang tetapi budak perempuan itu minta Cikgu Khalid rahsiakan dari semua orang termasuk pengetua. Katanya, Nazrin dan papanya pasti akan cari siapa pengadunya. Jadi, Cikgu Khalid berjanji. Lepas itu, budak perempuan itu pergi,” kata Faisal mengakhiri ceritanya.

“Siapa budak perampuan itu?” tanya Syaza tidak sabar.

“Kalau aku beritahu, pasti korang tidak percaya. Budak perempuan itu adalah…Emilia Syarina, merangkap bakal tunang kau, Nazrin dan kawan baik Syaza!” kata-kata Faisal bagaikan halilintar membelah tubuhnya. Dia tidak percaya!

“Kau jangan nak main-mainkan aku, Faisal. Tidak mungkin Emilia dalangnya!” tengking Nazrin.

“Ya. Rina kawan baik saya. Dia yang selalu pujuk saya bila Nazrin kenakan saya. Tidak mungkin dia lakukan begitu. Apa motifnya?” marah Syaza pula.

“Kau kawan baik Emilia? Tapi aku tak pernah nampak pun kau bersama dengan dia,” tanya Nazrin kehairanan.

“Encik tak pernah nampak sebab kami berdua sebab kami bersama lepas sekolah. Kat sekolah kita pun ada dua tiga orang je yang tahu kami kawan baik,” jawab Syaza.

“Sebenarnya aku tak tahu apa motif dia mengadu kat Cikgu Khalid tapi sekarang aku dah tahu lepas dengar perbualan kau dan Syaza. Pendapat aku, dia mahu kau dan Syaza saling membenci,” Faisal membuat andaian. Nazrin bingkas bangun.

“Kau jangan nak mengarut!” marah Nazrin. Syaza terdiam. Dia tidak mahu percaya, tetapi kenapa dia berasa ragu-ragu? Adakah dia tidak mempercayai kawan baiknya sendiri, Rina?
“Kalau kau dan Syaza tak nak percaya, tanya sendiri pada dia. Dengar apa jawapannya,” cadang Faisal.

“Baik. Aku akan tanya Emilia sendiri,” kata Nazrin lalu mula melangkah untuk keluar. Syaza menghalang.

“Lebih baik saya dan Faisal yang tanya dia. Encik sembunyi di tepi almari itu dan dengar saje perbualan kami,”

“Kenapa pulak?!” marah Nazrin.

“Tolong, sekali ini je, ikut cadangan saya. Lepas ini Rina akan sampai ke sini. Saya tak mahu dia nampak encik ada di sini,” rayu Syaza. Nazrin mendengus kasar lalu menyembunyikan tubuhnya di sebalik almari yang besar. Syaza mengeluh.

3 ulasan:

Unknown berkata...

knpe x ble bukak ep 6??

aiRiNa_aiNuN berkata...

ha'ah la..
ep 6 x dpt bkk...
da la suspen nie...

Zuera berkata...

sy nk bace ep 6... Tgh best nie.. Pls... Hope, u'll update...