Khamis, 4 Disember 2008

Harapan 2


Maryam memandang banglo di hadapannya dengan perasaan yang berbaur. Dia pun tidak mengerti perasaanya sendiri. Semua bercampur aduk antara benci, geram, sakit hati, takut, gementar, dan gembira. Maryam menapak lebih dekat ke arah banglo itu. Sedikit kagum dengan banglo yang jauh lebih besar dari rumahnya itu. Landskap di sekeliling banglo itu menyejukkan hati sesiapa yang memandang.

“Maryam!” satu suara menjerit namanya. Maryam berpaling. Salina sedang melambai tangan ke arahnya di pagar. Maryam segera berjalan menuju ke arah Salina.

“Lambat awak sampai. Saya ingat awak tak jumpa rumah saya,” kata Salina. Maryam tersenyum. Mereka berjalan memasuki banglo itu. Maryam kagum dengan hiasan dalalam rumah itu. Mewah. Dalam hati dia cemburu dengan Salina.

“Cantik rumah awak. Wow! Cantiknya bilik awak!” kata Maryam sambil memandang liar ruang kamar yang berganda lebih besar dari kamarnya. Tema warnanya ialah biru laut. Cukup memberi kesan tenang dan damai kepada sesiapa yang berada di dalam bilik ini. Bilik yang lengkap dengan tv dan komputer. Juga set sofa dan satu almari penuh dengan buku pelbagai jenis. Kamar seperti inilah yang sering diimpikan oleh Maryam sejak kecil. Dan sekarang dia berpeluang untuk berada di dalamnya.

“Susah tak awak cari rumah saya?” tanya Salina sambil menolak Maryam duduk di atas katilnya yang empuk. Dia kemudiannya duduk di sebelah Maryam.

“Tak susah pun. Hm, cantik rumah dan bilik awak. Bertuah betul awak,” puji Maryam sambil tersenyum. Salina juga turut tersenyum. Salina suka melihat senyuman di wajah Maryam. Senyuman yang sangat manis ditambah dengan lesung pipit yang terbentuk apabila Maryam senyum dan ketawa. Dia juga suka memandang mata hazel milik Maryam. Mata itu, cantik namun seperti sedang menyembunyikan derita dalam kilauannya.

“Jom, saya kenalkan awak dengan mama dan papa saya,” ucap Salina lalu dengan pantas menarik tangan Maryam mengikuti langkahnya. Maryam langsung tidak sempat berkata apa-apa. Dalam sekelip mata dia sudah berhadapan mama dan papanya Salina. Di wajah mereka tercalit senyuman. Papa Salina masih kelihatan muda dan segak manakala mama Salina masih cantik.

“Pa, ma. Kenalkan ini Maryam, kawan baik Lina,” Salina memperkenalkan diri Maryam kepada ibu dan bapanya. Maryam resah. Perasaanya bercampur-aduk berhadapan dengan dua orang manusia itu. Segera dia jauhkan perasaan itu lalu tersenyum manis.

“Assalamuaikum mak cik, pak cik. Saya Maryam,” kata Maryam lalu bersalaman dengan ibunya Salina. Dia dapat melihat perubahan di wajah ibu Salina, Hayati dan di wajah bapa Salina, Razman apabila melihat dia tersenyum. ‘Kenapa? Adakah mereka mengecamnya?’ hati Maryam tertanya.

“Jom, kita makan kek. Mak cik dah siapkan kek coklat untuk kamu,” kata Mak Cik Hayati ramah. Perubahan di wajahnya beransur-ansur hilang.

“Jom, kek yang mama saya buat paling sedap. Awak patut cuba tau,” Salina memuji mamanya. Mak Cik Hayati tersenyum mendengar pujian tu.

“Yelah tu. saja nak sedapkan hati mama je, kan?” balas Mak Cik Hayati.

“Papa, tengoklah mama ni. Lina puji mama, mama tak nak percaya. Nanti kalau Lina kutuk, mama marah plak,” Salina memuncungkan mulutnya. Pak Cik Razman menarik hidung Salina. Salina terjerit kecil.

“Muncung tu, dah panjang sedepa. Tak cute langsung. Malu sikit kat Maryam ni. Besar-besar pun nak merajuk lagi,” balas Pak Cik Razman. Mulut Salina semakin memuncung tetapi tidak lama. Dia kemudian meletuskan tawa. Mereka bertiga meletuskan tawa.

Maryam hanya memerhati kemesraan mereka. Sekekali bibirnya menguntum senyum tetapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Dia sedang berperang dengan perasaan cemburu, marah, geram dan benci dalam hatinya. Marahnya terlalu memuncak sehingga dia merasakan seperti ingin menangis. Dia benci melihat kebahagian mereka. Mengapa mereka bahagia tetapi dia menderita? Ini tidak adil! Ini betul-betul tidak adil..
**********************

Salina menarik tangan Maryam menuju ke dalam sebuah kedai buku yang besar meninggalkan Anis dan beberapa kawannya di belakang. Tangannya sibuk dengan beberapa buah buku yang sedang dibaca sinopsisnya. Salina memang ulat buku, seperti dia juga. Kalau tidak, masakan satu almari dalam bilik Salina penuh dengan novel dan buku. Salina menghulurkan sebuah novel kepada Maryam dan Maryam menyambutnya.

“Best gak novel ni. Ceritanya menarik,” kata Maryam selepas selesai membaca sinopsis di kulit belakang novel itu. Salina tersenyum mendengarnya. Dia mencapai beberapa jenis novel dalam bahasa inggeris dan bergerak ke kaunter. Maryam turut bergerak ke kaunter dengan buku pilihannya. Sewaktu ingin membuat pembayaran, Salina menarik buku pilihan Maryam dan tolong membayarnya. Maryam terpaku.

“Tak payah. Papa saya dah bagi saya duit untuk belanja awak. Dia cakap, sebagai ucapan terima kasih sebab temankan saya yang nakal ni. Awak tahu, papa dan mama saya suka sangat kat awak. Dia layan awak paling baik di antara kawan-kawan saya yang lain,” kata Salina apabila Maryam menghulurkan wang kepadanya untuk membayar harga buku itu. Maryam terdiam. Dia tidak senang menerima pemberian orang. Itu mengingatkan dia pada waktu dulu dia mengharapkan pemberian sesiapa yang mengasihani. Ia tidak mahu mengingati waktu dulu. Terlalu perit!
**********************

“Salina, Maryam?” satu suara menganggu perbualan Maryam dan Salina. Mereka mamandang jejaka yang menyebut nama mereka. Shahril?!

“Apa yang awak berdua buat kat sini?” tanya Shahril. Dia seperti terkejut melihat kehadiran mereka mall ini. Maryam ketawa dalam hati. ‘Buat apa datang ke mall kalau tidak membeli-belah?’. Maryam mengangkat beg plastik di tangannya. Mengharap Shahril mengerti. Shahril tersenyum malu. Mungkin menyedari betapa bodoh soalannya.

“Shahril? Kebetulan kita jumpa kat sini. Joinlah kitaorang. Kitaorang nak pergi main bowling ni,” pelawa Anis. Shahril tersenyum. Senyuman itu menjadikan wajahnya yang sudah sedia kacak menjadi lebih kacak. Lebih-lebih lagi Shahril mengenakan pakaian yang cukup ranggi. Salina dan Maryam sedikit terpana. Pipi mereka mula berubah warna.

“Idea yang bagus. Itupun kalau awak semua tak kisah saya ajak kawan saya sekali,” ucap Shahril.

“Tak kisah. Makin ramai makin meriah,” kata Anis. Shahril menguntumkan senyuman. Matanya tidak lepas memandang Salina yng ayu dengan tudung. Hatinya berdegup kencang. Inikah cinta?
****************************

Maryam memandang Shahril dan Salina yang rancak berbual. Kadang-kadang mereka tersenyum dan kadang-kala ketawa. Shahril juga mengajar cara bermain bowling dengan betul kepada Salina. Hatinya sakit melihat betapa mesra dan dekatnya Salina dan Shahril ketika itu. Tapi kenapa? Cemburukah dia? Itu tidak mungkin namun tidak menafikan dia sudah berperasaan kepada Shahril. Sejak dia di tingkatan satu lagi. Dia bijak menyembunyikan perasaannya dari pengetahuan kawan-kawannya. Hanya Anis yang bijak meneka tetapi itu pun berjaya ditipu olehnya. Belajar dulu, konon.

Maryam membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Dia rimas memakai tudung. Dia rimas menjadi hipokrit. Dia bukannya seperti perempuan melayu terakhir seperti yang difikirkan kawan-kawannya, baik, sopan-santu, bijak dan alim. Itu bukan dirinya yang sebenar. Dia ada dua personaliti. Satu hanya pura-pura dan satu lagi, dirinya yang sebenar. Dirinya yang sebenar sangat berbeza dengan sikap kepuraannya. Dia pendendam. Dia obses ingin membalas dendam. Ini semua salah ‘dia’. Sebab dialah dia menjadi begini sekarang. Ini semua salahnya!

Tiada ulasan: