Isnin, 1 Disember 2008

Harapan 1


Maryam memandang sayu kuburan di hadapannya. Dia menyentuh perlahan tulisan jawi di batu nisan itu. Tertulis nama orang yang amat dikenalinya.
Maryam cuba menahan sebak yang mula bermukim di dadanya. Serentak itu, kenangan lalu kembali terlayar di fikirannya.

**********************

“Apa yang awak tengokkan tu?” tanya seseorang menepuk belakang Maryam. Maryam berpaling ke belakang. Selepas itu dia tersenyum.

“Hmm, Anis. Saya tengok budak baru tu,” kata Maryam sambil memalingkan wajahnya kembali. Memandang seorang gadis yang sedang duduk di bawah pokok sambil membaca buku. Buku apa? Entah, novel barangkali. Tengah berjiwang kot. Hehehe.

“Cantik jugak budak tu. Nama dia Salina, kan? Awak perasan tak? Si Shahril tu asyik pandang dia macam nak telan je,” kata Anis sambil tersengeh. Maryam tersenyum.

“Tu tak heran. Dia kan cantik. Lemah lembut pulak tu,” jawab Maryam. Pandangannya sudah beralih ke arah Anis. Anis mencebik.

“Huh, saya peliklah ngan awak ni. Camne awak boleh puji dia lagi? Kan awak minat kat Shahril?” tanya Anis dengan muka bosan. Maryam ketawa perlahan. Menampakkan lesung pipitnya di pipi.

“Saya tak minat kat Shahril la. Saya tak minat kat sesiapa pun. Saya nak belajar dulu,” jawab Maryam selepas ketawanya terhenti. Mulut Anis memuncung.

“Yalah, awak dah bagitau saya hampir seribu kali. Awak ni, memang sesuai la ngan gelaran perempuan melayu terakhir la. Lemah lembut, manis, alim dan baik,” puji Anis. Maryam mengebilkan kelopak matanya beberapa kali.

“Lagi?” tanya Maryam. Gayanya masih lagi seperti control cute! Anis geram. Dengan selamba dia mencuit hidung mancung Maryam. Maryam menjerit kecil.

“Dah tak ada dah. Ingat orang nak puji dia banyak-banyak ke? Piirahhh!” jawab Anis lalu berlalu pergi. Maryam tersenyum. Selepas itu matanya kembali ke arah gadis yang bernama Salina tu. Serentak itu senyuman manis di bibirnya bertukar kepada senyuman sinis. Api dendam mula menyala di hatinya.

******************************

“Hai, nama saya Maryam” kata Maryam sambil menghulurkan tangannya. Gadis di hadapannya mendongak memandangnya. Selepas itu, huluran tangan Maryam disambut.

“Saya Salina. Dudukla,” pelawa Salina. Maryam tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Salina.

“Awak budak baru,kan? Dari mana?” tanya Maryam ramah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Saya dari Johor. Saya dan keluarga baru pindah ke sini. Baru minggu lepas,” jawab Salina sambil membalas senyuman Maryam.

“Oh, selamat datang ke sekolah ni. Saya pasti, awak akan sukakan sekolah ini sebagaimana kami semua sukakan sekolah ini. Oh ya, kenapa awak pindah sini?” tanya Maryam kehairanan. Salina berpaling ke hadapan. Memandang padang yang luas terbentang. Sedikit keluhan terluah di bibirnya.

“Papa saya, dia mahu pulang ke sini. Di sini kampungnya, tempat lahirnya. Tak kira betapa jauh dia merantau, dia tetap akan balik ke sini jua. Umpama bangau. Tak kira betapa tinggi dia terbang, dia akan kembali ke belakang kerbau jua,” kata Salina lalu memandang wajah Maryam lalu tersenyum. Tapi Maryam merasakan sesuatu, senyuman itu hambar.

“Kenapa awak cam sedih je? Awak tak suka ke pindah ke sini?” tanya Maryam tanpa berselindung. Salina kelihatan terkejut dengan soalan itu. Mulutnya terkunci seketika, mungkin memikirkan jawapannya atau mungkin sedang menyusun ayatnya.

“Hm, saya berat hati juga tinggalkan kawan-kawan lama saya. Saya rindukan mereka,” Salina menundukkan wajahnya. Maryam berpaling ke arah lain. Tahu Salina tidak mahu dia melihat air matanya jatuh ke pipi.

“Jangan risau. Awak bukannya tidak dapat jumpa mereka untuk selamanya. Di sini, awak akan dapat kawan baru. Mungkin, lebih baik dari mereka,” kata Maryam memandang wajah Salina yang sudah mengangkat wajahnya. ‘…mungkin lebih teruk dari mereka’ Maryam bermonolog dalaman sambil hatinya tersenyum sinis.

“Saya harap pun begitu. Awak akan jadi kawan saya, kan?” pinta Salina sambil mengelap air mata di bibir matanya dengan jari runcingnya. Maryam ketawa.
“Kita kan dah jadi kawan…”

*******************************

Maryam mengelap air matanya dengan kasar. Dia membaling bantal ke bawah katil. Benci dengan air mata yang meneruni deras dari matanya. Dia sudah berjanji, dia tidak akan menangis lagi tapi kenapa air mata ini begitu lebat mengalir? Maryam menyembamkan wajahnya ke bantal. Berusaha untuk melenyapkan gambaran di mindanya. Gambaran yang menunjukkan Salina yang sedang berbual mesra dengan ibu bapanya. Hatinya sakit melihat itu. Dia benci!

“Argh!” Maryam mencampakkan satu lagi bantalnya. Kali ini tepat terkena dinding.

“Aku benci kau! Aku benci korang semua!” jerit Maryam. Dia menggigil menahan marah dan geram.

“Jangan karap kau akan bahagia setelah apa yang kau dah buat pada aku. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Aku benci kau! Aku benci kau! Aku benci kau…” kata Maryam lemah akhirnya terbaling. Air mata semakin lebat menuruni pipinya.

**************************

“Korang nak tak ikut kitaorang shopping hujung minggu ni? Lepas shopping, kita main bowling,” tanya Anis apabila dia duduk di hadapan Maryam dan Salina. Maryam terdiam. Dia memandang Salina yang juga sedang memandangnya. Maryam mengangkat bahu.

“Alah, ikutlah kitaorang. Salina awak patut cuba biasakan diri dengan tempat ni. Maryam pulak, awak tak pernah terima ajakan kitaorang. Kali ni awak terimalah. Temankan Salina. Dia paling rapat dengan awak,” pujuk Anis. Maryam dan Salina diam. Masih menimbangkan perlawaan Anis.

“Tak payah fikir-fikir lagi. Ikut jelah kitaorang. Lagipun mall tu bukannnya jauh sangat,” datang pula seorang gadis menyampuk perbualan.

“Saya akan ikut kalau Maryam ikut tapi saya kena tanya papa saya dulu,” akhirnya Salina bersuara. Anis sedikit berpuas hati. Kemudian tiga pasang mata di situ tepat menuju ke arah Maryam. Maryam tahu mereka semua mengharapkan persetujuannya.

“Saya akan fikirkan….hm..saya akan tanya mak saya dulu,” Maryam segera merubah jawapannya apabila melihat renungan tajam Anis. Anis akhirnya tersenyum.

“Bagus dan saya harap jawapannya ya,” kata Anis lalu menarik tangan kawannya pergi dari situ. Maryam dan Salina saling berpandangan.

Tiada ulasan: