Isnin, 29 Disember 2008

Berikan Aku HidayahMu 4


“Encik nak bawa saya ke mana ni?’ tanya Khairulnnisa sambil berpaling ke arah Syafiq yang sedang memandu. Syafiq tidak menjawab. Dia dengan selamba meneruskan pemanduannya.

“Encik, kita kena balik ke pejabat semula,” ujar Khairulnnisa. Syafiq berpaling ke arah Khairunnisa sambil tersenyum.

“Sekarang dah tengah hari. Kita makan dulu baru ke pejabat,”jawab Syafiq.

“Saya tak boleh. Saya dah janji dengan kawan nak makan sekali,” ujar Khairunnisa segera.

“Kenapa? Awak tak nak makan dengan saya, ke?” tanya Syafiq sambil berpaling ke hadapan.

“Bukan macam tu encik,” Khairunnisa serba salah.

“Kalau begitu, tentu awak tak ada masalah makan dengan saya, kan?” Syafiq tersenyum. Khairunnisa terdiam.

“Err, ya,” jawab Khairunnisa perlahan lalu turut memandang ke hadapan.
*******************************

“Awak dah ada teman lelaki?” tanya Syafiq. Khairunnisa tersedak. Merah padam mukanya. Syafiq menghulurkan air.

“Apa yang encik tanya tadi?” tanya Khairunnisa. Syafiq ketawa kecil melihat gelagat Khairunnisa yang kelam kabut.

“Saya tanya, awak dah ada ke teman lelaki ke belum,”jawab Syafiq. Ketawanya masih tidak berhenti.

“Saya? Tak adalah, encik. Saya ni tak laku kot,” kata Khairunnisa dengan senyuman. Syafiq ketawa lagi.

“Awak memilih sangat kot. Awak suka lelaki jenis apa? Kaya dan kacak?” tanya Syafiq selepas ketawanya reda.

“Entahlah. Kalau dah ditakdirkan dia jodoh saya, saya terima. Tapi masyarakat sekarang memilih pangkat. Bagi saya manusia sama sahaja. Mereka berada bawah langit yang sama, menghirup udara yang sama. Yang membezakan meraka bukan pangkat atau asal keturunan tapi kemulian hati dan akhlak,” ujar Khairunnisa dengan senyuman. Syafiq terpaku, dia terasa terpukul dengan kata-kata yang diungkapkan wanita itu.
************************************

Syafiq meraup rambutnya dengan tangan. Dia bingung, dia rungsing. Apa yang sudah terjadi kepadanya? Kenapa sepanjang hampir tiga bulan Khairunnisa bekerja bersamanya, dia tidak dapat berhenti daripada terus mengingati Khairunnisa dalam mimpinya? Kenapa mimpi ngerinya berhenti tiba-tiba dan diganti dengan mimpi tentang Khairunnisa?

“Arghh! Aku dah gila!” Syafiq separuh menjerit sambil meraup mukanya dengan tangan.

“Kenapa dengan encik? Encik sakit ke?” suara Khairunnisa kedengaran. Syafiq dapat merasakan tangan lembut Khairunnisa di bahunya. Entah kenapa, jantung Syafiq berbunga. Syafiq tersenyum lalu berpaling ke belakang.

“Khairunnisa a…” kata-kata Syafiq terhenti apabila melihat Rizal yang berada di belakangnya dan tangan Rizal yang berada di bahunya. Syafiq menjeguk kepalanya ke seluruh arah. Mencari-cari Khairunnisa sehingga tidak menyedari Rizal sudah duduk di hadapannya. Selepas beberapa lama, Syafiq menundukkan kepalanya. Dia sudah berputus asa untuk mencari.

“Kenapa dengan kau ni? Pelik semacam je. Siapa Khairunnisa? tanya Rizal binggung. Dia betul-betul pelik dengan sikap Syafiq. Sepanjang dia berkawan dengan Syafiq, tidak pernah dia melihat Syafiq berkelakuan sebegini. Syafiq mengeluh mendengar soalan Rizal. Dia keliru sama ada ingin menceritakan masalahnya kepada Rizal. Menceritakan Rizal yang dia melihat Khairunnisa setiap masa walaupun dalam mimpinya. Pasti Rizal akan mengatakan yang dia sudah hilang akal!

“Aku rasa aku dah gila, Ril,” ucap Syafiq. Rizal terkejut mendengar kata-katanya.

“Kenapa pulak kau kata kau dah gila? Kau ada hilang skru kat kepala kau ke?” tanya Adam selepas muncul tiba-tiba. Selepas itu Adam dan Rizal sama-sama ketawa kuat. Syafiq menjeling Adam dan Rizal dengan ekor matanya.

“Yelah, yelah. Kau rasa kau dah gila. Tapi kenapa kau fikir camtu?” tanya Rizal. Adam mengangguk. Mereka berdua mahu mendengar apa yang menyebatkan kawan baik mereka tidak senang duduk.

“Aku selalu bayangkan Khairunnisa tak kira kat mana aku berada. Khairunnisa tu kerja sekali dengan aku. Aku rasa macam rohnya sentiada dekat dengan aku. Tadi pun aku bayangkan Rizal yang panggil nama aku. Sampai dalam mimpu aku jumpa dia. Aku dah gila!” cerita Syafiq sambil memegang dahinya. Adam dan Rizal hanya diam seketika lalu meletuskan tawa yang kuat sehingga beberapa orang berdekatan dengan mereka menjeling kearah mereka.

“Aku nak jumpa lah perempuan yang buat si buaya ni gila bayang. Bukan tahap awal, dah tahap kronik!” kata Rizal sambil memegang perutnya. Ketawanya masih tidak berhenti.

“Sampai dalam mimpi tu! Tadi pun dia ingat kau tu pompuan tu. Kalau dia tak sedar awal , sah-sah kau dapat ciuman pertama. Dari buaya lelaki ni pulak tu. Ee,” sambung Adam pula sambil menumbuk meja dan menekan perutnya. Wajah Syafiq berubah kelat.

“Kelakar sangat ke? Aku dah rungsing gillerr ni!” kata Syafiq dingin lalu menumbuk bahu Adam dan Rizal. Adam dan Rizal berhenti ketawa tetapi masih tersenyum dan menggigit bibir. Kelihatan seperti mereka sedang menahan ketawa.

“Maaflah kawan. Kau sebenarnya sedang dilamun cinta!” ujar Rizal kuat lalu terus ketawa. Adam tersengeh. Syafiq pula terpaku mendengar kata-kata Rizal tu.

“Aku? Dilamun cinta? Dengan perempuan tu? Mengarut!” Syafiq separuh menjerit. Dia memalingkan wajah kacaknya ke arah lain. Tiba-tiba Rizal memegang bahunya.

“Kau mengaku ajalah. Beritahu perempuan tu. Kalau kau pendam macam ni, kau sendiri yang akan merana. Buangkanlah ego kau tu dan hilangkanlah sikap buaya kau tu. Kalau tak, kau akan kehilangan dia,” suara Rizal berubah lembut. Adam mengangguk, mempersetujui apa yang dikatakan Rizal.

“Aku takkan jatuh cinta! Aku benci perkara-perkara cinta ni. Apatah lagi untuk jatuh cinta. Argghh, tak masuk akal!” Syafiq menumbuk meja lalu meninggalkan Rizal dan Adam dengan wajah yang kelat. Rizal dan Adam yang terpinga-pinga dengan tindakan Syafiq berpandangan sesama sendiri.

Tiada ulasan: