Jumaat, 28 November 2008

Semoga Cinta Itu Abadi 4


Syaza duduk di atas kerusi dengan wajah yang bosan. Dia merenung gelagat orang ramai sambil meneguk minumannya. Dia langsung tidak kenal mereka semua. Namun, dari segi pemakaian dan percakapan, Syaza pasti mereka semua bukan calang-calang orang. Terasa kerdil dirinya berada di situ.

Syaza memandang pula Nazrin yang berada tidak jauh dari situ. Dia sedang rancak berbual dengan dikelilingi dengan gadis-gadis. Syaza geram melihatnya. Geram kerana dia ditinggalakan terpinga-pinga seorang diri sejak sampai ke parti Datuk Hisyam. Nazrin pula sibuk mengurat!
Sekali sekala Syaza menangkap senyuman yang dilemparkan Nazrin kepada gadis-gadis tersebut. Syaza merasa pilu pula melihat senyuman itu. Nazrin tidak lagi senyum kepadanya setelah peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyum sinis yang boleh membuat darah Syaza menggelegak.

Syaza berasa cemburu juga melihat Nazrin boleh tersenyum sebegitu manis dengan perempuan lain tetapi tidak dirinya. Dalam hati dia mengutuk orang yang mengadu kepada Cikgu Khalid perihal Nazrin. Aduan itu telah merubah layanan Nazrin terhadapnya. Nazrin juga menjadi kaki perempuan. Namun, ada baikknya juga aduan itu. Sekurang-kurangnya Nazrin mendapat hukuman di atas perbuatannya.

Syaza meneguk semula minumannya. Terasa menyesal pula dia mengikut Nazrin. Sepatutnya dia berkeras tidak mahu datang ke parti ini. Parti ini tidak sesuai dengan dirinya. Muzik yang mendayu semakin membuatnya mengantuk. Dia berpaling melihat sekumpulan gadis di sebelah kolam renang yang asyik ketawa dari tadi. Gaun malam mereka kebanyakannya mendedahkan badan terutamanya di bahagian bahu. Syaza menggeleng melihat mereka. Tidak sepatutnya mereka mendedahkan tubuh mereka sesuka hati.

Syaza kembali meminum minumannya namun sudah tiada apa yang keluar. Rupanya gelasnya sedah kosong. Syaza mengeluh. Dia mahu pulang. Dia sudah tidak betah lagi tinggal di situ. Malah, apa tujuan majlis ini diadakan pun dia tidak tahu! Syaza mencari-cari Nazrin namun tidak berjumpa. Sekali lagi dia mengeluh. Macam mana dia nak balik tanpa Nazrin? ‘Argghh!’ jerit Syaza dalam hati.

“Hai,” sapa satu suara. Syaza berpaling. Seorang lelaki tampan berdiri di hadapannya dengan dua gelas di tangan. Dia kemudiannya duduk di sebelah Syaza tanpa meminta kebenaran. Syaza terpana. ‘Apa kena ngan mamat ni?’

“Ni untuk awak,” kata lelaki itu lalu menghulurkan gelas berisi minuman ke arahnya. Beberapa gadis memerhati perbuatan lelaki itu. Di wajah mereka jelas perasaan cemburu. Syaza tidak selesa dengan renungan para gadis tersebut. Dia teragak-agak untuk mengambil gelas tersebut namun diambilnya juga. Tidak sopan rasanya jika dia tidak mengambilnya.

“Awak ni Syaza Hawani, kan?” tanya lelaki itu . Syaza pantas berpaling merenung wajah tampan itu. Wajah itu macam pernah dilihatnya, tapi di mana ya?

“Macam mana awak tahu nama saya?” tanya Syaza kehairanan. Mindanya tercari-cari di manakah dia pernah berjumpa dengan lelaki itu tetapi tidak berjaya.

“Kita sama sekolah menengah dulu. Nama saya Shahrul Faisal,” kata lelaki itu dengan senyuman. Syaza terlopong. Baru dia teringat siapakah jejaka ini. Rasa tak percaya menyelubunginya. Tapi, lelaki ini masih mengingati namanya walaupun mereka hanya bercakap beberapa kali sahaja.

“Maaf, saya baru teringat,” kata Syaza.

“Tak apa. Lagipun saya kan pindah sekolah lain pula. Hmm, saya dengar awak pun pindah sekolah juga,”kata Faisal lagi. Syaza makin bingung.

“Macam mana awak tahu? Waktu tu awak kan dah pindah sekolah,” tanya Syaza lagi. ‘Aku ni bukannya popular pun kat sekolah sampai berita aku pindah boleh sampai kat dia’kata Syaza dalam hati.

“Adalah,”kata Faisal sambil mengangkat sebelah keningnya. Syaza terpana. ‘Hensemnya dia ni. Walaupun tak sehensem Nazrin tapi macam ni pun ok gak ’puji Syaza nakal dalam hati.

“Awak datang dengan siapa?” tanya Faisal. Syaza mendengus geram.

“Bos saya. Dia yang suruh saya datang sini,” kata Syaza mengawal geram. Dia betul-betul geram dengan sikap Nazrin yang meninggalkannya seorang diri. Terkapai-kapai seperti orang bodoh.

“Oh, kat mana bos awak sekarang? Kenapa awak sorang-sorang je?” Faisal bertanya hairan.

“Saya pun tak tahu. Tadi ada, sekarang dah lesap,” jawab Syaza bosan. Sudah malas memikirkan Nazrin. Tak kuasa hatinya untuk membenci. Dirinya sudah cukup penat sekarang. Tak perlu ditambah rasa bencinya kepada Nazrin. Nanti dirinya sendiri yang menderita.

“Tak patut dia tinggalkan awak sorang-sorang. Apatah lagi yang secantik dan semanis awak,” Faisal memuji dengan senyuman. Syaza ketawa mendengarnya.

“Yalah tu. Saya percaya sangat apa yang awak cakapkan itu,”kata Syaza setelah menghentikan tawanya. Dia tidak mudah melatah dengan pujian lelaki itu. Baginya lelaki hanya bermulut manis tetapi tidak hatinya. Kisah-kisah pencintaan yang memilukan sering mengajarnya agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki.

“Saya tidak bergurau, Syaza,” kata Faisal sedikit tegas. Syaza hanya mengangguk. Tidak mahu terus bertekak dengan lelaki itu.

“Kenapa awak tak pergi berbual dengan perempuan-perempuan tu? Mereka lebih cantik dan seksi,” tanya Syaza sambil memandang sekumpulan gadis yang asyik memandang dia dan Faisal sejak tadi.

Faisal turut memandang sekumpulan gadis itu. Gadis-gadis tersebut berbisik sesama sendiri apabila menyedari Faisal memandang mereka. Masing-masing melemparkan senyuman dan ada yang melambai tangan kepada Faisal. Faisal membalas senyuman dan lambaian tangan mereka. Selepas itu dia kembali memandang Syaza. Syaza turut mengalihkan pandangannya.

“Hmm, boleh tahan. Tapi saya prefer awak lagi,” kata Faisal. Syaza terkejut tetapi rasa terkejutnya mati apabila melihat Faisal ketawa. Dia pun turut ketawa. Dia berasa mesra dengan lelaki ini.

“Apa yang lucu sangat tu?” kedengaran satu suara dari belakang mereka. Syaza segera berpaling. Sah, Nazrin.

“Lucu sangat ke sampai ketawa kuat begitu?” sindir Nazrin pedas. Muka Syaza merah menahan merah. ‘Suka hati oranglah nak ketawa. Takkan kena mintak kebenaran kot!’marah Syaza dalam hati.

“Hai, Nazrin. Lama tak jumpa,” sapa Faisal sambil tersenyum. Nazrin berpaling ke arah Faisal. Wajahnya mengambarkan rasa terkejut tetapi segera bertukar dengan senyuman sinis.

“Ya. Lama tak jumpa, kawan lama,”kata Nazrin. Dia sengaja menekankan perktaan kawan lama. Lama Nazrin dan Faisal saling berpandangan. Syaza cemas melihatnya. Sejak sekolah lagi mereka berdua memang terkenal. Terkenal dengan pemusuhan yang hebat. Mereka berdua sering bersaing dari segi pelajaran mahu juga dari korikulum. Setiap orang di sekolah tahu tentang permusuhan mereka. Malah, tiada siapa berani mencelah setiap kali mereka berbalas pandang.

Kecut perut jadinya melihat renungan tajam seperti ada leser diantara mata mereka. Permusuhan mereka juga tidak pernah padam sehingga Faisal berpindah ke sekolah lain mengikut ibu bapanya. Namun, dari renungan tajam dan kata-kata sinis antara mereka membolehkan Syaza membuat andaian yang permusuhan mereka masih tidak terlerai.

“Err. Encik. Saya nak balik sekarang,” kata Syaza mencelah menyebabkan perlawnan mata itu terlerai.

“Kenapa?” tanya Nazrin. Dia menukar arah pandangan tajam dari Faisal ke arah Syaza. Kecut perut Syaza jadinya. ‘Kau nak marah ke Faisal, janganlah marah aku sekali,’ rungut Syaza dalam hati. Faisal hanya berdiam diri mendengar perbualan mereka berdua.

“Err, sa..saya tak selesalah kat sini. Parti ni tak sesuai untuk saya,” jawab Syaza gugup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidak bercakap terketar-ketar. Renungan Nazrin betul-betul membuatnya cemas.

“Tak selesa? Ketawa pun diketogorikan sebagai tak selesa? Penyakit baru, ke?” sindir Nazrin lebih pedas. Berasap Syaza mendengarnya.

“En..,”kata-kata Syaza berhenti apabila terdengar terdengar pengumumuman menjemput para tetamu berkumpul di tepi kolam renang. Dia segera menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia tidak mahu bergaduh dengan Nazrin. Nanti dia juga yang terpaksa menahan rasa.

“Kenapa? Marah ke?” tanya Nazrin sinis. Syaza semakin berasap. Dia juga malu disindir begitu di hadapan Faisal.

“Kau jangan melampau, Nazrin,” Faisal mencelah. Mungkin menyedari yang raut wajah Syaza sudah bertukar merah. “Jom, kita pergi ke kolam renang. Ramai yang dah berkumpul,” ajak Faisal. Syaza hanya mengangguk. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Nazrin.

“Hei! Siapa kau nak ajak dia sesuka hati? Dia ni pasangan aku. Jadi, dia patut ikut aku!” jerit Nazrin sedikit lantang lalu menarik kuat tangan Syaza mengikutinya. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan. Beberapa orang tetamu berpaling melihat perlakuan Nazrin. Beberapa orang gadis juga mencebik bibir kerana cemburu.

“Lepaslah!” marah Syaza apabila sudah sampai di tepi kolam renang. Nazrin melepaskan tangannya tetapi langsung tidak memohon maaf. Syaza mendegus geram.

“Selamat datang kepada tetamu semua. Saya berterima kasih kerana anda semua sudi datang ke sambutan hari jadi satu-satunya anak saya,” kedengaran suara seorang lelaki bertubuh gempal memberi ucapan. Dari lagaknya Syaza sudah tahu yang lelaki itu dalah Datuk Hisyam walaupun Syaza tidak pernah berjumpanya. Kedengaran bongkak dari nada suaranya

“Saya amat gembira kerana kawan baik saya dan keluarganya sanggup datang ke majlis ini. Kami berkawan sejak dulu lagi,” kata Datuk Hisyam lalu menjemput dua seorang lelaki dan seorang wanita naik ke atas pentas. Mereka juga seperti Datuk Hisyam, sangat bergaya dan berjenama sekali penampilannya.

“Tentu anda semua tertunggu-tunggu kehadiran anak saya, kan? Jangan risau, dia sudah siap berhias. Jadi, saya mempersilakan puteri saya naik ke pentas,” serentak dengan kata-kata itu seorang gadis bergaun merah yang seksi naik ke pentas. Dia hanya memakai gaun setakat lutut dan leher gaunnya itu juga luas menampakkan sebahagia dadanya. Semua tetamu memberi tepukan. Syaza memerhati gadis tersebut. Macam pernah dilihatnya. Tetapi di mana ya?

“Inilah satu-satunya anak dan puteri saya, Emilia Syarina!” tepukan sekali lagi bergema. Gadis bernama Emilia Syarina tersebut tersenyum megah. Mungkin bangga kerana menjadi perhatian ramai.

Namun, Syaza tidak begitu. Terasa dirinya disambar petir mendengar nama tersebut. Emilia Syarina adalah nama Rina, kawan baikknya! Syaza berpaling semula ke arah gadis tersebut. Sah, memang Rina. Syaza memang tahu dia adalah anak orang berada tetapi, kenapa dia berpakaian seseksi itu? Setahunya, Rina tidak begitu. Walalaupun tidak bertudung, Rina amat menjaga kesopanan pakaiannya. Tapi, di hadapannya ini adalah yang amat berbeza denga Rina, kawan baikknya.

“Ada dua sebenarnya tujuan majlis ini dianjurkan. Pertama adalah untuk menyambut hari kelahiran puteri saya dan yang kedua adalah untuk mengumumkan pertunangannya dengan anak kawan baik saya ini iaitu Tengku Nazrin Syahmi. Bakal menantu saya ini dipersilakan untuk naik ke atas pentas,” kata-kata Datuk Hisyam menghancurluruhkan seluruh organ dalamannya. Syaza memandang Nazrin di sebelah. Tenang. Dia hanya mampu melihat Nazrin selamba naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Rina tanpa berbuat apa-apa. Dia begitu terkejut.

Syaza memandang semula Nazrin dan Rina di atas pentas. Mereka kelihatan sepadan. Sepadan dari segi darjat dan paras rupa. Ramai yang memuji-muji Rina dan Nazrin. Syaza menunduk wajah. Dia keliru. Keliru kerana sebab inikah Nazrin membawanya ke parti ini? Untuk menunjukkan yang dia bakal bertunang? Keliru kerana Rina tidak memberitahunya apa-apa yang dia bakal bertunang dengan Nazrin sedangkan baru siang tadi dia menelefon Rina untuk mengadu perihal Nazrin. Tidak mungkin Rina baru tahu hanya sebentar tadi. Hendak dikatakan dipaksa, wajah Rina kelihatan bahagia.

Syaza teringat tentang persahabatannya dengan Rina. Dia berkenalan dengan Rina setelah dicaci oleh Nazrin. Tersedu-sedu dia menangis. Rina yang melihat semua kejadian itu memujuknya. Dia juga menasihatinya untuk bersabar. Sejak itu, dia berkawan dengan Rina tetapi dalam rahsia.

Rina adalah anak orang berada. Kata Rina, ramai yang akan cemburu dengan persahabatan mereka lalu cuba untuk memutuskannya. Jadi Rina memberi cadangan untuk mereka berkawan secara rahsia. Pada mulanya Syaza pelik tetapi dia akhirnya mengalah. Dia tidak sanggup kehilangan Rina. Tidak ramai yang tahu dia berkawan rapat dengan Rina. Hanya dua tiga orang sahaja.

Syaza memandang Rina kembali. Secara kebetulan pandangan Syaza dan Rina bertemu. Senyuman di wajah Rina menjadi hambar serta-merta. Syaza menyedarinya. Dia mengharapkan perjelasan dari Rina. Sekarang juga!

“Tuan dan puan boleh kembali menjamu selera. Diharap anda semua berpuas hati dengan layanan kami. Terima kasih,” serentak dengan itu para tetamu bersurai tetapi Syaza masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia mengharapkan perjelasan dari Rina. Rina yang mengerti mara ke arah Syaza meninggalkan Nazrin dan keluarganya.

“Syaza..” Rina memulakan kata dengan nada serba salah.

“Apa ni, Rina? Saya tak faham. Kenapa awak tak bagitau saya tadi?” tanya Syaza bertalu-talu.

“Saya minta maaf. Ini permintaan papa saya. Awak kan boleh tengok betapa gembiranya saya akan bertunang dengan anak kawan baiknya itu. Lagipun, saya dah jatuh hati pada dia,” kata Rina sedih tapi entah kenapa, Syaza tidak dapat melihat raut keikhlasan di wajah cantik itu.
“Kenapa awak tak beritahu saya? Kan tadi awak ada peluang?” tanya Syaza curiga.

“Saya tahu awak bermusuh dengan Nazrin. Jadi, saya tak tahu cara nak beritahu awak. Kawan baik awak bakal bertunang dengan musuh awak. Saya tak tahu apakah reaksi awak nanti,” kata Rina sayu. Syaza terdiam. Rasa ragu-ragu masih bertapak di hatinya tetapi Syaza cuba mengikis rasa itu. Dia tahu, dia cemburu dengan Rina. Rina dapat bertunang dengan Nazrin, orang yang Syaza cintai. Tentulah dia cemburu.

Syaza menunduk wajah. Dia betul-betul harus melupakan Nazrin sekarang. Nazrin akan bertunang dengan kawan baikknya. Dia tidak boleh menaruh perasaan pada bakal tunang kawan baiknya itu. Dia juga yang akan merana.

“Awak datang sini dengan siapa? Nazrin?” tanya Rina.

“Ya. Hm, tahniah atas pertunangan awak,” ucap Syaza ikhlas. Dia tidak mungkin lagi akan mencintai Nazrin. Itu tekadnya.

“Terima kasih,” kata Rina lalu memeluk Syaza. Syaza membalas pelukan Rina.’ Ini memang takdirku. Aku tiada jodoh dengan Nazrin’ rintih Syaza dalam hati. Tiada siapa yang tahu.

Tiada ulasan: