Khamis, 27 November 2008

Semoga Cinta Itu Abadi 1


Syaza menyingsing lengan bajunya sehingga menampakkan sebahagian daripada lengannya yang putih gebu. Di berlari dengan pantas tanpa memperdulikan orang ramai yang lalu lalang. Sesekali dia menilik jam tangan di pergelangan tangannya. Apabila tiba di hadapan sebuah bangunan tinggi, Syaza mempercepatkan lariannya memasuki bangunan tersebut. Raut wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang cemas.

“Sempat lagi ke ni?” Syaza bercakap dengan dirinya sendiri.
Syaza menunggu ketibaan lif dengan perasaan cemas. Sekali lagi dia menilik jam tangan berwarna biru yang terlekat di tangan kirinya. Setelah hampir dua minit menunggu, Syaza semakin resah. Mujurlah lif tiba seminit kemudian. Syaza segera menaiki lif tersebut. Jikalau tidak, pasti dia akan nekad menaiki tangga sahaja ke tingkat 10!

Apabila pintu lif terbuka, Syaza lekas berlari keluar. Dia sudah tidak peduli dengan tudungnya yang tidak terurus dan bajunya yang tidak kemas. Yang pasti, dia sudah lambat pada hari pertama kerjanya!

Syaza terus berlari sehingga bila di hadapan seorang wanita yang kelihatan berumur hampir 30-an, Syaza berhenti. Tercungap-cungap dia seketika. Soalan yang ingin ditanya kepada wanita tersebut tersekat di kerongkong.

“Adik ni Syaza Hawani Abdul Ghani ke?” tanya wanita tersebut. Syaza yang tidak dapat bersuara kerana masih tercungap-cungap hanya mampu mengangguk. Wanita tersebut tersenyum apabila melihat anggukan Syaza.

“Dah lama kak tunggu Syaza. Nama kak Harina. Adik akan ganti tempat kak sebagai setiausaha pengurus,” ujar wanita tersebut lagi. Syaza berasa bersalah. Bukan sengaja dia mahu datang lambat. Apatah lagi pada hari pertama kerjanya tapi….ini semuanya salah adiknya! Dia terpaksa mencari folio sejarah adiknya, Aiman yang hilang di bawah timbunan sampah, pakaian, buku-buku dan entah-entah apa-apa lagilah! Mencari folio sejarah di bilik adiknya yang tidak ubah seperti sarang ular itu betul-betul mencuri masanya.

“Maaf. Saya ada masalah tadi. Saya dah cuba sampai tepat pada masanya,” Syaza memberi penjelasan.
“Kak tahu. Boleh tengok berdasarkan cara pemakaian Syaza,” kata Kak Harina sambil tersenyum. Syaza malu sendiri. Nampaknya penampilannya memang hancur!

“Pergilah betulkan pakaian dan tudung tu dulu. Encik Nazrin tak suka stafnya berpakaian tidak kemas,” arah Kak harina. Syaza menurut sahaja.
**************

“Ini bilik bos. Mari kita masuk,” ujar Kak Harina sambil menolak daun pintu. Syaza sempat mencuri tengok nama yang tertera di hadapan pintu iaitu Tengku Nazrin Syahmi sebelum masuk ke dalam bilik yang besar itu. Otaknya berfikir seketika. Tengku Nazrin Syahmi, macam pernah dengar je. Tapi kat mana eh? Ee, mengarut jelah! Takkan orang yang aku kenal jadi pengurus kat syarikat sebesar ini. Tak mungkin! Syaza segera membuang fikirannya jauh-jauh.

“Encik Nazrin, ini Cik Syaza yang akan menggantikan tempat saya sebagai setiausaha encik nanti,” Kak Harina memperkenalkan Syaza kepada seorang lelaki yang Syaza tidak dapat mengecam wajahnya kerana dia sedang menundukkan kepalanya untuk mencari sesuatu.

“Nampaknya awak dah lambat untuk hari pertama awak bekerja. Awak ada ciri pekerja yang baik,” sinis suara yang keluar dari mulut bosnya itu. Syaza terpukul dengan sindiran itu. Boleh tahan juga bisanya! Syaza menundukkan wajahnya.

Keadaan tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Syaza menjadi bingung. Diangkatnya wajahnya. Serta-merta wajahnya bertukar pucat, bibirnya kelu untuk berkata-kata. Kenapa kebetulan ini berlaku?

“Harina, awak boleh keluar sekarang. Saya mahu cakap sedikit dengan setiausaha baru saya ni” arah Encik Nazrin. Syaza memandang Kak Harina melangkah keluar tanpa boleh melakukan apa-apa. Kalau boleh, dia mahu turut keluar. Terseksa batinnya berdua dengan bos barunya itu.

“Tak sangka setiauasaha baru saya ialah Cik Syaza Hawani. Hmm, nampaknya jodoh awak dengan saya memang kuat,” kata Encik Nazrin sambil merenung tepat wajah Syaza. Syaza melarikan matanya. Tidak sanggup bertentang mata dengan orang yang sangat dibencinya. ‘Kenapalah malang sangat nasib aku jumpa balik dengan makhluk ni. Ingatkan tak payah jumpa dah. Tengok-tengok jadi bos aku. Mampus aku!’ kata Syaza dalam hati.

“Bila masa pulak saya ada jodoh dengan awak, Nazrin?! Awak je yang perasan lebih,” sindir Syaza. Melihat raut wajah Nazrin saja sudah cukup untuk membuatnya rasa meluat yang amat sangat. Apatah lagi setelah Nazrin berkata yang dia ada jodoh dengannya. Eee, minta simpang!
“Maaf Cik Syaza. Saya ni bos awak. Jadi, awak harus panggil saya Encik Nazrin. Bukan Nazrin saja,” kata Nazrin dengan lagak macho. Syaza menyampah melihatnya.

“Malang betul nasib aku jumpa balik dengan setan ni. Ingatkan dah mampus. Rupanya hidup lagi. Dahlah berlagak macho macam dialah orang paling handsome kat dunia ni. Menyampah aku!” rungut Syaza perlahan. Mukanya jelas menunjukkan rasa benci.

“Tak baik kutuk orang dibelakang, Cik Syaza!” kedengaran suara Nazrin. Syaza terpaku. Alamak! Dia dengarlah apa aku kutuk tadi. Eleh, nak nasihat orang. Ingat dia tu baik sangat ke?!

“Maaf Encik Nazrin. Saya cuma terkejut jumpa kawan lama. Dah lama kita tak jumpa, kan?” kata Syaza berbasa-basi. Dia berpura-pura tersenyum manis sedangkan hatinya mengutuk Nazrin.

“Ya. Dah lama. Macam mana dengan awak sekarang? Tabiat suka mengadu tu dah buang ke?” tanya Nazrin dengan nada menyindir. Berasap telinga Syaza mendengarnya. Apasal dengan mamat ni? Asyik nak buat orang marah je!

“Saya memang tak pernah ada tabiat tu pun dulu. Orang lain yang salah faham,” kata Syaza dengan senyuman berpura-pura lagi. ‘Syaza, dia ni bos kau. Kau tak boleh cari gaduh ngan dia. Kalau tak, kau yang susah. Jadi, senyum…senyum’ Syaza menenangkan hatinya.

“Itu bukan salah faham. Tabiat awak tu dah menyusahkan saya,” kata Nazrin lagi. kali ini dengan senyum sinis. Terbakar Syaza mendengarnya.

“Apa salahnya awak lupakan perkara itu! Perkara tu pun dah lama berlalu. Lagipun itu bukan salah saya! Saya ulang sekali lagi, itu bukan salah saya!,” kata Syaza sedikit lantang. Kesabarannya mula hilang.

“Saya tak akan berhenti membenci awak!” balas Nazrin juga sedikit kuat.

“Sebab perkara kecil tu pun awak nak benci saya sampai sekarang?Awak ni kecil hati betullah!” kata Syaza geram.

“Aku bukan benci awak sebab itu aje. Aku hanya benci, meluat, menyampah dengan kau! Aku akan pastikan kau terseksa bekerja di bawah aku. Tengoklah nanti!” kata Nazrin kasar sambil mengangkat kening. Syaza terpaku. Dah lama tak dengar Nazrin bercakap kasar begitu. Rasanya seperti kembali ke zaman persekolahannya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mahu mengambil izin untuk keluar. Assalamualaikum,” ucap Syaza lalu segera keluar. Dia tidak mahu terus bersama dengan Nazrin. Takut dirinya akan hilang sabar. Teruk nanti jadinya.

Tiada ulasan: