Rabu, 10 Disember 2008

Harapan 4


Maryam berjalan merentasi koridor. Salina dari tadi asyik berdiam. Maryam hairan juga, tetapi dia tidak bertanya kenapa. Dia sudah tidak berdaya untuk bertanya. Takut lukanya makin parah. Takut dirinya membenci Salina. Salina jahat! Ibunya merampas Razman dan sekarang Salina merampas Shahril dari dia. Bertahun dia memuja Shahril, dan Salina merampasnya begitu sahaja. Biarlah..


“Tadi Shahril ada beritahu saya sesuatu.” Salina memulakan bicara. Mariam menundukkan wajahnya. Berharap agar Salina tidak meneruskan kata.


“Hm, dia bagi hadiah dan ucapkan happy birthday. Lepas tu, kitaorang berbual. Waktu itulah dia beritahu saya sesuatu,”sambung Salina. Mariam mengeluh.


“Dia bagitau apa?” tanya Mariam. Dia harus menunjukkan rasa gembira untuk Salina. Dia kan kawan baik Salina. Kawan baik? Ya, dia sudah sayangkan Salina sebagai kawan baik. Lagipun Salina adiknya. Mungkin dulu dia mendekati Salina untuk membalas dendam tapi dia tak sampai hati. Entah kenapa. Walaupun begitu, dia tidak pernah dapat melupakan apa yang dilalui oleh dia dan ibunya disebabkan oleh Salina sekeluarga. Dia tidak akan pernah lupa!


“Sesuatu yang mengejutkan. Saya tak tau nak jawab apa.” Jawab Salina. Maryam tunduk memandang lantai. Kakinya pantas menuruni tangga. Seperti juga Salina, mengejar masa untuk sampai ke kelas secepat mungkin.


“Apa yang dia beritahu?”tanya Maryam sekali lagi. Salina mengeluh.


“Dia cakap dia sukakan saya…”serentak itu kaki Maryam berhenti bergerak. Dia sudah menjangka. Mata Maryam memerah.


“Awak tunggu saya sekejap. Saya tertinggal sesuatu kat perpustakaan,” kata Maryam lalu mendaki tangga meniggalkan Salina sendirian. Dia menipu sebenarnya. Dia tak mahu Salina perasan tentang raut wajahnya yang sudah berubah. Bila dia sudah tenang, Maryam kembali ke tempat dia meninggalkan Salina.


“Maaf, awak tung….”mata Maryam membulat memandang ke bawah tangga. Salina sudah berbaring di lantai dengan darah di mulut dan hidungnya. Ada darah di setiap anak tangga. Maryam terpaku. Mulutnya bagai terkunci. Dia bagaikan beku.


“Salina!!” satu suara mengejutkan Maryam. Shahril meluru ke arah Salina yang tidak bergerak dan memangku kepalanya. Wajahnya kelihatan sungguh cemas melihat darah yang keluar dari mulut dan hidung Salina.


“Kau tolak dia jatuh tangga? Kenapa?!” tuduh Sahahril. Maryam terkejut dengan tuduhan melulu itu.


“Tak, saya tak tolak dia. Tadi saya ke perpustakaan. Saya suruh dia tunggu sini. Bila saya sampai, dia dah jadi camni. Sumpah, bukan saya…” kata Maryam lalu meluru ke arah Salina dan Shahril. Dia cuba mengelap darah yang keluar dari mulut Salina tetapi tangannya ditepis kasar oleh Shahril.


“Jangan sentuh dia! Kenapa dengan kau ni, hah? Aku tak suka kat kaulah. Kenapa kau tolak Salina? Aku tau kau suka kat aku tapi aku suka kat Salina. Sebab tu ke kau tolak dia? Cemburu? Kau ni memang busuk hati. Salina tolak cinta aku sebab dia sayangkan kau. Dia suruh aku terima kau. Dia baik, tapi kenapa kau buat dia macam ni? Seumur hidup aku takkan terima perempuan yang busuk hati macam kau ni! Takkan!” jerit Shahril sambil merenung tajam Mariam. Mariam terpaku mendengarnya. Dia tidak sangka Shahril akan menuduhnya tanpa usul periksa. Apatah lagi, Shahril mencacinya. Itu betul-betul menghancurkan hatinya.

“Mak cik, pak cik, percayalah. Bukan saya yang tolak Salina,” rayu Maryam dengan air mata. Pak Cik Razman dan Mak Cik Hayati hanya diam. Muka Pak Cik Razman sudah merah. Mak Cik Hayati pula sudah lama menangis. Masing-masing berdebar menunggu perkhabaran doktor tentang keadaan Salina.


“Tipu! Kalau bukan kau, siapa lagi? Hanya kau saja kat situ. Takde orang lain lagi. Salina takkan mungkin jatuh sendiri,” tuduh Shahril lagi. Wajahnya yang kacak itu merah menahan marah.


“Kenapa tak mungkin? Mungkin Salina tergelincir. Siapa tahu? Awak tak boleh tuduh saya sesuka hati!” balas Maryam. Dia sudah tidak tahan dengan kata-kata Shahril.


“Kau…!”Shahril menggigit bibir. Cuba mengawal rasa marahnya yang meluap-luap.


“Sudah, ini hospital. Tidak baik bertekak. Mengganggu orang lain. Maryam, kamu balik dulu. Rasanya kehadiran kamu di sini hanya memburukkan lagi keadaan,” kata-kata Pak Cik Razman menusuk hatinya. Pak cik percaya kata-kata Shahril, sama sewaktu pak cik percaya fitnah yang dilemparkan terhadap ibunya. Maryam berjalan perlahan-lahan, cuba mengawal air mata yang tumpah.


****************************

Air mata yang tumpah dilap Maryam sehingga kering. Namun air mata yang baru kembali membasahahi pipinya. Maryam mengesat lagi. Dia memotong daging dengan cermat. Dia harus memasak untuk maknya. Dia tidak patut membiarkan mak mengesyaki kesedihan yang melandanya. Sejak semalam, Salina langsung tidak sedar. Dia tahu, pasti Pak Cik Razman, Mak Cik Hayati dan Shahril sedang menyalahkannya sekarang. Tapi sumpah, bukan dia yang menolak Salina.


Tiba-tiba pisau yang dipegang menghiris tangannya. Maryam terpaku melihat lukanya yang agak dalam. Inilah padahnya akibat cuai. Maryam mencari ubat, untuk disapu pada lukanya. Bila tangannya mencapai botol ubat, Maryam menarik balik tangannya. Fikirannya bercelaru. Dia kembali ke dapur. Mengambil pisau dengan tangannya.


Air matanya menitis apabila dia menghiris tangannya lebih dalam. Darah membuak keluar, menitik ke lantai. Maryam hanya memerhatikan lukanya lalu bergerak ke dalam bilik. Darah dari tangannya menuruti langkahnya. Entah mengapa, dia langsung tidak merasa sakit. Sama sewaktu dia langsung tidak bersuara ketika menangis. Maryam mencapai diari dan gambar ibunya lalu berbaring di atas katil. Dipeluknya erat diari dan gambar itu. Air mata menitik kembali. ‘Ibu, tunggu Maryam….’ Maryam menutup mata perlahan-lahan. Tangannya terkulai tidak berdaya..


*************************


Maryam berjalan di lorong yang gelap-gelita. Tiada sebarang hidupan atau suara sekalipun. Maryam panik. Dia mencari-cari arah untuk keluar dari kegelapan dan kesunyian ini. Mariam berlari dan terus berlari sehingga akhirnya dia lelah sendiri. Mariam terduduk. Hampir berputus asa untuk mencari. Kemudian, Mariam terdengar satu suara. Dia mendongak. Di hadapannya berdiri seorang wanita.


“Ibu,” kata Maryam. Dia tersenyum. Ibu juga tersenyum padanya lalu tangan ibu terangkat, mahu menyentuh pipinya. Namun belum sempat pipinya disentuh, ibu mula menjauh. Maryam mahu mengejar tetapi ibu semakin jauh dan akhirnya hilang. Maryam keseorangan lagi dalam kegelapan. Dia menangis kepiluan.


Tiba-tiba Mariam terdengar sesuatu. Suara itu tidak jelas. Mariam tercari-cari arah datangnya suara itu. Semakin lama, semakin jelas suara itu. akhirnya Maryam mengecam apa suara itu sebenarnya, suara tangisan. Mariam terpaku, teringat apa yang membawa dia kedaerah asing ini. Membunuh diri. Betapa besarnya dosa itu! Mariam menggigil bila memikirkan azab yang akan ditanggungnya. Apatah lagi dengan sikap hipokritnya sebelum ini. Dalam ketakutan itu, ada cahaya yang menerangi jalannya. Mariam terpana. Suara tangisan ini datang dari hujung jalan itu. Mariam mengikuti jalan itu. Semakin dekat dengan suara itu..

2 ulasan:

Nasirah Abu Samah berkata...

awak....font color dgn bckgrnd ni x match...ssh nk baca...

eisyaz aka aisya berkata...

awk..npe bab 5 x leh bkk..ad mslh ke?