Rabu, 24 Disember 2008

Berikan Aku HidayahMu 3


“Azam, jangan! Datang sini. Bahaya kat situ,” Syafiq cemas melihat Azam berada di hujung tebing curam. Perasannya tidak enak. Apatah lagi apabila melihat mata kuyu dan hidung Azam berair.

“Apa yang abang buat kat sini?”tanya Azam perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang ke bawah tebing curam tersebut.

“Abang yang patut tanya apa yang Azam buat kat sana. Datang ke sini cepat. Bahaya tu,”pujuk Syafiq. Azam menggeleng. Wajahnya kelihatan sayu.

“Abang, Azam letih bang. Tolong Azam bang. Azam tak nak hidup camni lagi bang. Seksa sangat. Tolong Azam,” kata Azam perlahan. Matanya mula memerah dan ada air mata yang mengalir dari bibir matanya. Syafiq bingung. Dia tidak tahu apa yang diungkapkan Azam.

“Azam penagih dadah bang. Azam dah tak sanggup hidup camni bang. Azam dah kotor bang, dah tak berguna lagi. Seksa bang, hidup macam ni. Abang tolong Azam,” rayu Azam. Syafiq terkejut mendengar pengakuan Azam. Dia terpaku seketika. Patutlah perangai Azam ganjil, dia menjadi semakin liar kebelakangan ini.

“Apa yang boleh abang tolong?” tanya Syafiq. Dia masih lagi cemas melihat keadaan Azam.

“Kata pada mama dan papa Azam mintak maaf. Azam banyak buat salah. Dan cakap pada Azim, jangan dia jadi macam Azam,” sayu suara Azam. Matanya yang tidak bermaya memandang Syafiq. Syafik semakin tidak keruan.

“Ke..kenapa Azam cakap camtu?” Syafiq tergagap. Azam tersenyum, hambar.

“Bukan semua yang kita sangka akan berlaku, berlaku. Dan bukan semua yang kita tidak duga akan berlaku, tidak berlaku, bang,” jawab Azam.

“Abang tak faham,” kata Syafiq. Azam memandangnya.

“Azam sayangkan abang,” kata Azam lalu Syafiq melihat tubuh Azam perlahan-lahan jatuh ke bawah tebing curam tu. Syafiq terpaku. Otaknya memproses apa yang dilihatnya tadi. Dia merasakan begitu lama untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Syafiq berjalan perlahan-lahan mendekati tebing tempat Azam berdiri tadi. Dia dapat merasakan yang tubuhnya menggigil. Syafiq perlahan-lahan menjeguk ke bawah. Dia melihat Azam, dipenuhi dengan darah di bawah sana. Syafiq terpaku. Nafasnya seolah-olah terhenti.
*********************************

“Azam!!!”suara jeritan memecah keheningan malam. Tubuh Syafiq menggigil, badannya berpeluh dan jantungnya berdegup kencang. Mimpi itu datang lagi! Mimpi tentang kenangan paling pahit dalam hidupnya. Kejadian di mana dia menyaksikan sendiri kematian Azam akibat membunuh diri.

Syafiq mencapai gelas berisi air mineral di meja sisi katil. Dia meneguknya perlahan-lahan. Denyutan jantungnya semakin perlahan. Syafiq cuba bertenang. Dia mengambil bingkai gambar di meja sisi itu. Matanya memandang gambar itu. Lama.

“Azam tak patut buat macam tu. Kenapa Azam buat begitu?” tanya Syafiq. Namun tiada suara yang menjawab soalannya. Keadaan hanya senyap sunyi, sesunyi hatinya.

Syafiq menyentuh wajah Azam, Azim dan dia di dalam gambar itu. Mereka bertiga masih tersenyum gembira waktu itu. Kenapa semuanya berubah sekarang? Syafiq menyentuh wajah Azim dan Azam. Wajah mereka berdua seiras sekali sehingga kadangkala dia keliru. Azam dan Azim juga sering mengenakannya. Namun wajah yang sama itu membawa derita padanya kini. Dia melihat Azam dalam diri Azim. Setiap kali dia terpandang Azim, kenangan pahit lalu terbayang kembali. Dia bagaikan dapat melihat renungan sayu dan tidak bermaya Azam dalam setiap renungan Azim.

Dia rasa sakit, dia rasa tidak berguna. Dia juga tidak dapat menghilangkan derita yang ditanggung Azim akibat kematian Azam. Azim menjadi pendiam selepas kematian Azam. Tidak disangka Azim menyimpan rasa benci kepadanya kerana tidak sempat menyelamatkan Azam. Dia pernah mendengar Azim mengadu kepada ibunya. Azim mengadu dia mengingati kematian Azam setiap kali melihat dirinya, sebagaimana dia terbayang kembali kejadian pahit itu setiap kali terpandang Azim.

Mereka berdua saling menanggung derita. Jadi Syafiq segera mencari jalan penyelesaian. Jalan terbaik, pindah keluar dari rumah. Jalan terbaik? Ini bukan jalan terbaik. Dia masih terbayang peristiwa itu dalam mimpinya. Malah hubungannya dengan Azim semakin parah. Sudah tada lagi senyuman Azim untuknya. Dia juga sudah lama tidak mendengar perkataan ‘abang’ meluncur dari bibir Azim. Penggilan itu solah-olah hilang seiring dengan kematian Azam. Tiba-tiba alunan muzik memecah kesunyian. Syafiq segera mencapai telefon bimbitnya.

“Ada apa call, Fieqa?”tanya Syafiq bosan.

“Fiq, jomlah temankan I makan. I bosan ni,” suara perempuan menjawab di corong telefon.

“I malas keluarlah malam ni. Malam esok, boleh?” tanya Syafiq.

“Tak naklah. Fiq, jomlah. I belum makan lagi ni. Please…”kedengaran suara perempuan merengek di hujung talian. Syafiq tersenyum sinis.

“Baiklah, setengah jam lagi I sampai,” ujar Syafiq lalu memutuskan talian. Syafiq meraup rambutnya dengan tangan. Senyuman sinis masih melekap di bibirnya.

Syafiq tidak berniat untuk menghentikan tabiat kaki perempuannya. Baginya, tiada cinta dalam dunia ini. Cinta hanya khayalan orang yang tiada pendirian. Bercinta mungkin terasa indah, tetapi tidak pasti akan tercapai atau tidak. Hanya membuang masa. Lagipun, perempuan tidak boleh dipercayai. Mereka tidak setia pada cinta. Mereka hanya memandang pada wang sahaja dan yang paling penting, cinta membawa kepada derita. Cinta membawa kepada kesengsaraan. Azam menjadi nakal, menagih dadah dan membunuh diri adalah berpunca daripada cinta.

Kenapa dia berkata begitu? Azam mula bergaul dengan budak nakal akibat putus cinta. Dari situlah dia mula mengenal rokok dan dadah. Dan apabila sudah ketagih, Azam sudah tidak tahan dengan hidupnya lalu memutuskan untuk menghabisi riwayatnya. Kadangkala dia merasakan yang Azam bodoh kerana memusnahkan hidupnya kerana seorang wanita sahaja, wanita yang tidak pernah setia pada satu lelaki. Namun dia sedar, ini semua salah cinta, ini semua salah wanita dan dia tidak mahu terjebak seperti Azim. Dia lebih rela melukakan orang lain daripada dia yang dilukai.

“Lebih baik jadi pemangsa, daripada aku menjadi mangsa,” ujar Syafiq mencapai kunci keretanya dengan senyum sinis. Di ruang matanya terlayar Fieqa yang sentiasa seksi dengan pakaiannya yang sendat dan terdedah.

Tiada ulasan: