Jumaat, 5 Disember 2008

Harapan 3


Maryam memandang wajah di adalam gambar itu dengan sayu. Sejak Salina datang kerumahnya, hatinya bagai disiat-siat. Salina kini sudah tahu betapa berbezanya mereka sekarang walaupun dia sepatutnya tidak begitu. Maryam kembali memandang gambar tersebut. Betapa dia sayu melihat wajah bahagia di raut wajah wanita di dalam gambar itu bersama dengan jejaka yang disayanginya. Gambar itu menyimpan seribu rahsia. Maknya sekarang, bukan mak kandungnya. Dia hanya anak saudaranya, anak kepada adik bongsunya. Tiada seorang dari kawannnya tahu hakikat itu. Jadi, siapakah ibu kandungnya?


Wanita itu, wanita dalam gambar itu. Wanita yang sedang dalam bahagia sebelum derita menjadi racun dalam hidupnya. Wanita yang banyak terluka. Maryam menyentuh wajah wanita itu dengan jari runcingnya. Ibunya sungguh cantik. Kata mak, dia mewarisi wajah ibunya. Mata hazelnya, lesung pipitnya dan kulitnya yang cerah. Namun dia tahu, dia juga mewarisi derita ibunya walaupun dalam bentuk yang berlainan.


Sejak bayi lagi dia diserahkan kepada rumah anak-anak yatim. Ibunya meninggal sewaktu melahirkannya. Sejak bayi lagi juga dia sudah sedar dia tiada sesiapa di atas dunia ini. Dia hanya mengharapkan belas ehsan dan simpati orang lain untuk terus hidup. Namun semuanya berubah apabila mak mengambilnya dari rumah anak-anak yatim. Mak yang baru pulang ke kampung memeluknya sambil menangis. Dia tidak mengerti apa-apa waktu itu. Dia masih kecil. Dia dan mak tinggal di rumah ibunya sebelum dia meninggal. Rumah itu dibiarkan kosong terlalu lama. Barang-barang di dalamnya langsung tidak terusik. Kata mak, rumah itu banyak kenangannya. Dia tidak mengerti. Dia juga keliru apabila mendengar percakapan maknya dengan mak ngahnya. Apa maksud mereka bapanya masih hidup? Kalau bapanya masih hidup, di mana dia sekarang?


Maryam mencapai sebuah diari lama dari bawah katilnya. Rahsia yang tersimpul kemas terlerai jua apabila dia membaca diari tebal itu. Segala kekeliruan, mula difahaminya sebagaimana dia memahami apa yang ditulis di dalam diari itu. Maryam membelek beberapa helaian kertas di situ. Tulisan di dalamnya, sungguh kemas dan cantik. Segalanya tentang ibunya cukup indah dan cantik kecuali realiti perjalanan hidupnya, penuh dengan derita.


Maryam menitiskan air matanya apabil mengingati apa yang ditulis ibunya. Betapa menderitanya ibunya. Hanya diari ini tempat ibunya meluahkan perasannya. Hanya diari ini yang menemaninya apabila dia keseorangan. Dan hanya melalui diari ini, Maryam mengetahui segalanya. Ibunya bernama Aishah. Sebagai anak bongsu, ibunya disayangi oleh datuk dan neneknya Maryam.


Sebelum datuknya meninggal, datuknya sempat mewasiatkan supaya ibunya berkahwin dengan jejaka pilihannya. Jejaka itu ayahnya. Pada mulanya ibunya enggan namun kerana patuh pada permintaan bapanya, dia menurut jua. Tidak disangka, perkahwinan itu membawa bibit cinta kedalam hatinya. Ditulis di dalam diari ini betapa dalamnya cintanya terhadap suaminya. Dia bahagia bersama suaminya. Namun, disangka panas hingga ke petang, hujan di tengahhari. Ibu difitnah! Difitnah cuba menduakan suaminya. Ibu dihalau tanpa belas kasihan, dibiarkan merempat. Ibu tinggal bersendirian di dalam rumah pusaka peninggalan orang tuanya. Tiada siapa yang menemani. Kesemua adik-beradiknya sudah tiada, berhijrah ke bandar. Suaminya? Sudah merantau bersama dengan bekas kekasihnya dulu yang kini sudah menjadi isterinya.


Dalam keadaan sarat mengandungkannya, ibu terpaksa menerima tohmahan dan cacian masyarakat yang lebih percayakan kata-kata suaminya. Dia dituduh mengandungkan anak haram! Betapa menderitanya ibu. Maryam tahu, apa yang dirasakan ibu. Setiap kali dia membaca coretan dalam diari itu, kesakitan yang dirasakan ibu seperti turut menimpanya. Dia merasakan kesakitan yang sama, kesakitan yang disebabkan oleh ayahnya, Razman. Razman? Ya, Razman a.k.a bapa Salina! Razman yang berada di sebelah ibunya yang sedang tersenyum bahagia sebelum dia membunuh bahagia itu. Razman, Hayati, dan Salinalah punca ibunya menderita, punca ibunya meninggal ketika melahirkannya, dan punca dia merana sebegitu lama!


“Maryam, kamu dah solat?” satu suara mengganggu lamunannya disebalik pintu.


“Dah, mak,” jawab Maryam. Selepas itu tiada lagi suara kedengaran. Maryam tersenyum sisnis. Dia menipu sebenarnya. Dia tidak solat. Dia hanya solat ketika dihadapan orang ramai. Itulah yang dimaksukkan dengan sikapnya yang hipokrit. Sikapnya itu disembunyikan dengan tudung, kelakuan lemah lembut dan senyuman manisnya. Kenapa dia menjadi begitu? Hm, kenapa ya?


Maryam tersenyum sinis lagi. Buat apa solat jika dia sudah cukup menderita. Buat apa meminta sedikit bahagia jika dia tidak pernah merasa bahagia. Berbalik dengan Salina, dia memiliki segalanya. Dia memiliki kasih sayang orang tuanya, rumah yang besar, dan dia tidak pernah merasa kesakitan yang ditanggung olehnya. Dunia ini betul-betul tidak adil. Lagipun, dia merasakan segala yang ibadat yang dilakukan orang di dunia ini hanya untuk menutup kesalahan mereka. Mereka semua juga sepertinya, hipokrit! Razman juga begitu, nampak alim je. Tapi dia sanggup membiarkan ibunya begitu menderita.


Dia bukannnya tidak percayakan adanya tuhan, dia cuma merasa tiada gunanya dia meminta-minta ketika berdoa sedangkan dia tidak akan dapat apa yang diinginkan. Dia ingat lagi, betapa dia mempercayai yang doa akan dimakbulkan asalkan ikhlas dan tulus dihati tapi itu tidak benar. Dia berdoa dengan begitu tulus untuk merasa sedikit bahagia tapi apa yang dia dapat, zero! Sejak itu dia sedar tiada guna lagi bersusah-susah berdoa. Impiannya tak akan termakbul.


Maryam memeluk diari itu seeratnya dan berbaring di atas katil. Dia membayangkan ibu sedang memeluknya walaupun seumur hidup dia tidak pernah merasakannya.


*********************


“Maryam, Lina mana?”tanya Shahril. Maryam mengangkat kening dan matanya yang terbentuk cantik. Sedikit terkejut apabila Shahril memanggil Salina dengan nama manjanya.


“Kenapa awak cari dia?” Maryam bertanya kembali. Shahril tersenyum. Dia duduk di hadapan Maryam.


“Hm, saya nak mintak tolong dengan awak. Boleh tak awak bagi ni kepada Lina. Esok kan birthday dia. Saya nak bagi sendiri tapi saya segan. Awak boleh tolong saya, kan? Awak kan kawan baik dia,” kata Shahril separuh mengharap sambl menghulurkan beg plastik kepada Salina. Maryam terpaku. Bagaikan ada pisau mencincang lumat hatinya.


“Ikut saya,” kata Maryam separuh mengarah. Shahril mengikut walaupun sedikit hairan. Maryam membawa Shahril ke tempat dia selalu bersama dengan Salina, bangku di bawah pokok. Shahril terkejut apabila dia dibawa ke sana. Dia cuba berpatah balik tetapi Maryam lebih cepat bertindak.


“Lina, Shahril ada sesuatu nak bagitau awak. Hm, saya pergi perpustakaan dulu. lepas ni cari saya kat sana ok?” kata Maryam lalu segera berdar. Dia berusaha bersungguh-sungguh agar Salina dan Shahril tidak dapat mendengar getaran di suaranya. Tangan Maryam menggeletar sewaktu mengunci pintu tandas. Tiba-tiba kakinya hilang upaya, dia terjelepok ke lantai. Tanpa disedari, air mata lebat membasahi pipinya. Tapi aneh, kenapa tiada esakan yang keluar dari mulutnya. Adakah kerana dia terlalu terluka? Ya…

Tiada ulasan: