Jumaat, 19 Disember 2008

Berikan Aku HidayahMu 1


Syafiq memandang wajah gadis yang melintas di hadapannya tanpa berkelip. Ekor matanya mengikuti langkah gadis itu. Akhirnya matanya terhenti apabila gadis tersebut duduk di meja berhampiran dengannya.

“Hoi!!” suatu suara mengejutkan Syafiq. Dia memandang ke arah empunya suara dengan geram.

“Kenapa dengan kau ni, Rizal? Tetiba je kejutkan orang,”marah Syafiq perlahan menahan geram. Rakannya itu ketawa.

“Ala, relaks la. Takkan tu pun nak marah. Kau ni macam perempuan lah, benda kecil pun marah,” ujar Rizal lalu duduk di sebelah Syafiq.

“Kau cakap baik sikit. Bila masa pulak aku macam perempuan, hah?!” ujar Syafiq mula naik angin. Rizal hanya ketawa kecil mendengar kata-kata kasarnya. Syafiq mendengus kasar lalu kembali mengalihkan pendangannya ke arah gadis yang mencuri tumpuannya tadi. Tiba-tiba dia berdiri dengan rasa terkejut.

“Shit! Dia dah tak ada. Ni kau punya pasallah, Rizal!” marah Syafiq lalu menumbuk perlahan bahu Rizal.

“Kenapa pulak kau salahkan aku. Rilek la. Duduk dulu dan cerita apa sebenarnya ni,” kata Rizal dengan senyuman.

“Sebab kaulah aku terlepas nak kenal awek tu. Cun giller! Apasal cepat sangat dia pergi? Tak sempat aku nak mintak no phone dia,” ujar Syafiq geram. Rizal ketawa mendengar kata-kata Syafiq.

“Apa yang kelakar sangat?’ tanya Syafiq geram lalu duduk dengan kasar. Rizal berhenti ketawa tetapi masih tersenyum.

“Tak adalah tapi aku kelakarlah tengok muka kau macam tu. Macam nek telan je awek tu. Tapi ni tak heran lah. Semua perempuan memang kau nak telan,”kata Rizal lalu meletuskan tawanya sekali lagi. Syafiq mendengus kasar. Tak berguna dia melayan kerenah Rizal, memang Rizal begitu. Suka mengenakan orang.

“Oh ya, Mila call aku tadi. Dia kata dia nak jumpa kau. Dia call kau, kau tak angkat. Dia paksa aku bagitau kau ni. Dari mana dia dapat no aku pun aku tak tau,”kata Rizal dengan senyuman. Syafiq memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak berminat dengan apa yang diperkatakan Rizal.

“Woi, kau dengar ke tak ni? Mila nak jumpa kau lah!” kata Rizal sedikit kuat. Syafiq memandang Rizal dengan pandangan bosan.

“Jadi, apa masalahnya dengan aku? Lantak dialah tapi aku tak nak jumpa dia. Dia ingat dia tu siapa nak arah aku? Kitaorang dating dua tiga kali je, tapi berlagak macam girlfriend aku. Buat ni salah, buat tu salah. Bosan aku,” kata Syafiq selamba.

“Kejam betul kau ni. Tapi pergilah jumpa dia kejap. Aku dah tak sanggup dengar dia marayu nak jumpa kau. Bingit teringa aku, rimas! Kau pergilah jumpa dia kejap. Tak pun call dia. Dulu kau sendiri yang kejar dia. Dia perempuan paling cantiklah, kau kata. Sekarang ni kau tinggalkan dia macam tu aja,” rungut Rizal. Dia rimas dengan sikap kaki perempuan Syafiq. Mentang-mentanglah dia handsome, semua perempuan dia kebas. Malah dia tinggalkan semua teman wanitanya apabila sudah bosan. Kebanyakan bekas-bekas teman wanita Syafiq akan teruk dikecewakan. Rizal juga sudah beberapa kali menjadi mangsa akibat sikap buaya Syafiq itu.

“Tak naklah aku. Kau ajalah yang call dia. Kau cakap kat dia yang kitaorang dah putus. Pastu kau jangan layan dia. Ala, macamlah kau tak biasa buat,” ujar Syafiq sambil menghirup minumannya. Rizal mengeluh.

“Sebab aku biasa buatlah aku rasa bersalah. Kesian diaorang. Sekarang cuba kau kira berapa ramai awek yang kau tinggalkan. Setengah dari bekas awek kau tu kacau aku plak sebab tak puas hati dengan kau. Aku dah bosan, tau,” rungut Rizal lagi. Syafiq tersenyum.

“Yelah, aku tahu. Maaflah ye pasal semua tu. Sebagai tanda minta maaf, aku belanja kau makan. Kau nak makan apa? Pilih aja. Tapi jangan bincang pasal tu lagi. Aku dah bosan,” pelawa Syafik. Rizal tersengeh, rezeki jangan ditolak. Rizal akhirnya mengangguk. Syafik tersenyum. Tiba-tiba matanya terarah ke arah seorang jejaka yang berada berhampiran dengan mejanya. Senyumannya makin lebar.

“Woi, Adam! Kat sini,” kata Syafiq separuh menjerit. Jejaka berkaca mata itu menghampiri Syafiq dan Rizal.

“Ada apa kau panggil aku ke sini?” tanya jejaka bernama Adam itu.

“Makanlah sini. Aku belanja,”pelawa Syafiq. Adam terdiam seketika, memikirkan tawaran itu. Akhirnya dia mengangguk sebelum duduk berdekatan dengan Syafiq.

“Tapi aku tak boleh lama sangat. Tadi mama aku call suruh aku balik cepat. Ada saudara jauh datang,” ujar Adam. Setelah beberapa ketika, pesanan yang dibuat tiba.

“Kau ni sibuk je memanjang. Nak kata ada makwe, tak ada. Kau buat apa sebenarnya setiap hari, hah?” tanya Syafiq kehairanan. Rizal hanya diam.

“Aku kerja, lepak ngan kau, tengok tv, makan dan tidur. Puas hati?” jawab Adam sambil meneguk minumannya.

“Kau tak nak ada makwe ke?” tanya Rizal pulak. Adam berhenti makan apabila mendengar soalannya.

“Kalau dah memang jodoh aku, aku nikahlah,”kata Adam. Syafiq tersedak. Dia memandang tepat wajah Adam.

“Aku tahu kau memang kolot skit. Tapi, aku tak sangka kau sekolot ni. Maksud kata-kata kau tadi, kau tak akan bercinta, kan? Kalau mak kau jodohkan kau dengan mana-mana perempuan, kau terimalah?!”tanya Syafiq sambil membulatkan matanya.

“Hm, macam aku kata tadi. Kalau dah jodoh aku,” kata Adam selamba. Rizal menggaru kepala.

“Aku dah tahu, pasti kau jawab camtu. Aku dah masak dah tapi aku kena bagi ke kau gak. Ni amanat orang, aku kena bagi jugak. Kalau kau tak nak, kau boleh letak kat mana-mana je,” kata Rizal lalu mengambil satu kotak yang diikat dengan reben bewarna biru. Rizal kemudiannya menghulurkan kotak itu kepada Adam.

“Siapa?” tanya Adam.

“Farah, sepupu aku. Dia tengok kau masa kau datang majlis kahwin kakak aku,” kata Rizal. Syafiq diam. Dia memang sudah biasa dengan situasi ini. Sejak dari sekolah menengah lagi, Adam juga ramai peminat sepertinya. Adam kacak, baik, bijak dan rajin. Oleh sebab itulah dia menyandang gelaran ketua pelajar, pelajar terbaik dan diminati ramai. Tapi berbeza dengannya, Adam langsung tidak melayan para peminatnya. Malah menolak mereka dengan cara baik. Dia pula, melukakan perempuan dengan teruk selepas bosan dengan mereka. Tahap pelajaran juga berbeza. Walaupun dia juga bijak, tapi dia tidak sebijak Adam. Kini Adam menyandang gelaran doktor dan ingin terus belajar untuk bergelar doktor pakar jantung pula. Dia pula dapat dapat menjadi jurutera kerana syarikat yang dia bekerja sekarang milik papanya.

“Aku tahu kau nak cakap apa. Aku dah hafal jawapan kau. Sekarang makan,” ujar Rizal lalu menyambung makan.

“Kau kata kat dia…”

“..aku mintak maaf. Kau nak cakap camtu, kan? Kan aku dah kata, aku dah hafal jawapan kau. Yelah, aku bagitau dia. Penat jugak kadang-kadang jadi posmen untuk korang berdua ni. Dua-dua lain perangai, pening aku,”rungut Rizal. Adam ketawa kecil.

“Maaflah ye. Hari ni Syafiq belanja. Esok aku pulak belanja kau, setuju?”pancing Adam. Syafiq dan Rizal tersengeh.

“Mestilah!”jawab Rizal segera. Selepas itu ketawa mereka bertiga berderai.

1 ulasan:

BabyPink berkata...

Cepatlah sambung ye..hihi