Jumaat, 28 November 2008

Semoga Cinta Itu Abadi 2



“Mampus saya, Rina! Kenapalah malang sangat nasib saya? Kalau jumpa saje, saya boleh tahan tapi dia jadi bos aku! Hari-hari dia seksa saya. Dia tak puas hati selagi saya tak berpeluh dan berkejar ke sana-sini. Apa saya nak buat?!” adu Syaza di telefon. Dipandangnya Nazrin di dalam pejabat melalui dinding kaca dengan renungan tajam. Bosnya itu kelihatan senang hati. Entah apa yang gembira sangat. ‘Mana adil! Kau gembira aku pula terseksa,”rungut Syaza dalam hati. Dipandangnya fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Syaza mengeluh.

“Apa susah. Berhenti jelah,” cadang Rina.

“Awak ingat senang ke? Nak dapat kerja ni pun tiga bulan saya keliling KL hadir temuduga. Kalau saya berhenti, entah bila saya boleh dapat kerja baru. Lagipun saya kesempitan duit sekarang. Duit sewa rumah, belanja makan minum dan wang belanja sekolah Aiman banyak. Mana saya nak cari?” Syaza menolak cadangan Rina.

“Berat masalah awak ni. Saya pun tak ada idea. Dari cerita awak saya tahu Nazrin tu memang tak berubah langsung. Asyik nak menyusahkan awak je. Orang lain tak lah kena macam awak. Heran saya! Saya ingat lagi, sampai nangis awak dikenakan dia. Saya jugak yang kena pujuk awak. Tak pasal-pasal saya terlibat sekali,” bebel Rina. Syaza mengeluh lagi.

Kawan baiknya itu memang selalu menenangkannya setiap dikenakan Nazrin semasa sekolah menengah. Paling Syaza tak tahan sehingga membuatnya menangis di hadapan Rina ialah tindakan Nazrin meletakkan gam di kerusi sekolahnya. Habis kotor dan koyak baju sekolah barunya. Mujur pada waktu itu semua pelajar sudah pulang. Kalau tidak, sumpah dia akan memaki hamun Nazrin habis habisan.

Bukan itu saja, dia pernah disiram dengan sebaldi air di hadapan para pelajar oleh Nazrin. Menggigil dia menahan sejuk dan marah. Nazrin pula berpura-pura meminta maaf dan memberi alasan yang tangannya licin. Sempat lagi dia berlakon dengan menghulurkan sapu tangan kepada Syaza. Semua orang mempercayai Nazrin dan memujinya gentleman.

“Dahlah cerdik, anak orang berada, berwajah kacak dan bersopan santun. Siapa lagi yang sebaik dia?” meluat Syaza mendengarnya apabila kawan-kawan perempuannya memuji Nazrin. Mereka tidak tahu perkara sebenar. Kalau mereka di tempatnya, mati hidup semula pun mereka tidak akan memujinya begitu!

“Saya betul-betul tertekan sekarang. Depan saya berlonggok fail-fail yang kena hantar esok. Ini baru sebulan. Lama-lama macam ni boleh naik gila saya,”kata Syaza lemah. Badannya betul-betul keletihan akibat tidak cukup tidur semalam dan nampaknya hari ni pun dia terpaksa berjaga malam.

“Kenapa tak mengadu aje pada bos besar? Kan senang,” cadang Rina lagi.

“Mengadu? Sah tak akan ada orang percaya cakap saya. Saya berguling atas lantai merayu diorang percaya pun sah diaorang tetap tak percaya. Taktiknya macam dulu jugak. Depan orang, pijak semut pun tak mati. Belakang orang, garang macam saya baru je bunuh mak dia! Kalau dulu masalah boleh selesai dengan mengadu, dah lama saya buat. Tapi, masalahnya pasti tak jadi! Lagi teruk, tindakan saya tu macam mengiayakan tabiat suka mengadu yang dia tuduh tu,” suara Syaza sedikit kuat.

“Saya tak faham betullah dengan dia tu. Ada ke patut dia tuduh awak mengadu kat Cikgu Khalid yang dia pergi kelab malam dengan perempuan dan minum arak sampai mabuk. Kalau dia terserempak dangan awak dalam keadaan mabuk tak semestinya awak pergi mengadu. Salah dia jugak! Padan muka kena gantung sekolah seminggu! Kalau takut ada orang mengadu kat Cikgu Khalid, janganlah buat hal. Lagi teruk, orang lain yang mengadu kat cikgu, awak yang kena dengan dia. Tak pasal-pasal dia benci awak sampai sekarang….,” Rina membebel lagi. Syaza mengeluh. Rina sahaja yang mengetahui betapa terseksanya dia dengan kelakuan Nazrin. Dialah tempat Syaza meluahkan perasaanya.

Dia tidak boleh melawan Nazrin. Kalau di mengadu kepada cikgu, pasti cikgu pun tak percaya. Apalah lagi satu-satunya guru yang berani menghukum Nazrin iaitu Cikgu Khalid telah bertukar ke Pahang. Cikgu Khalid ialah guru disiplin dan dia adalah satu-satunya guru yang tidak gentar dengan pangkat Tan Sri dan Tengku yang terletak di pangkal nama bapa Nazrin. Malah, dia juga tidak terpedaya dengan lakonan Nazrin yang berlagak baik. Jadi, Nazrin agak berhati-hati dengan guru itu. Namun selepas Cikgu Khalid berpindah, Nazrin mula menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada Syaza.

“…Dahlah kecil hati betul. Sebab perkara kecik pun nak membenci. Dah hampir sembilan tahun perkara tu berlalu. Tak logik tu. Syaza…entah-entah dia sukakan awak kot!” tiba-tiba Rina berkata begitu. Syaza yang sedang meneguk air tersedak. Hampir tersembur air minerel yang diminumnya.

“Awak dah gila atau dah hilang akal? Tak mungkin dia sukakan saya. Kan saya dah cerita tadi yang betapa dia bencikan saya separuh mati. Kalau dia tak bencikan saya pun, dia tak mungkin suka kat saya. Berlambak lagi perempuan cantik, kaya dan sama taraf dengan dia. Fikirlah sikit!,” Syaza membalas. Apa yang dikatakan Rina tadi langsung tak masuk akal.

“Awak yang kena fikir sebenarnya! Takkan dia nak penatkan diri dia nak menyusahkan awak sebab perkara tu aje. Tentu ada perkara lain. Aku rasa, dia nak tarik perhatian awaklah,” kata Rina lagi tidak putus asa.

“Ah, itulah perkara paling mengarut sekali saya pernah dengar. Dahlah. Saya kena siapkan kerja. Nanti tak pasal-pasal dia mengamuk lagi. Bye!” Syaza meletakkan ganggang telefon sedikat kuat. Geram dengan kata-kata Rina tadi.

“Ehem!”kedengaran bunyi berdehem di belakang. Syaza terlopong. Alamak! Bila masa pulak makhluk ni ada kat belakang aku? Syaza berpaling ke belakang perlahan-lahan. Nazrin memandangnya dengan pandangan tajam. Kecut Syaza melihatnya.

“Encik Nazrin. Kenapa encik kat sini? Ada kerja untuk saya ke? Kalau ada, kenapa tak panggil saya je?” tanya Syaza. Hatinya berdebar menunggu Nazrin berkata-kata.

“Macam mana nak panggil kalau asyik kat bergayut telefon?! Kerja tak siap lagi tapi asyik merungut aku bagi kerja banyak sangat. Macam mana nak siap kalau asyik kutuk orang je?” sindir Nazrin sambil menjeling Syaza. Syaza terpaku. Alamak! Alamak! Alamak! Dia dengarlah aku kutuk dia! Macama mana ni?!

“Maafkan saya, encik. Saya akan siapkan kerja cepat,” kata Syaza lalu berpaling ke depan semula. Dia mencapai sebuah fail lalu memulakan kerja. Ada kutukan untuk Nazrin di hatinya.

“Malam ini ikut aku pergi parti Datuk Hisyam,”kata Nazrin tiba-tiba. Syaza mengurut dada. Terkejut. Sangkanya Nazrin sudah berlalu ke pejabatnya.

“Err, apa yang encik kata tadi? Rasanya saya salah dengar,” tanya Syaza.

“Kau ni pekak ke? Kan aku dah kata tadi. Aku tak nak ulang lagi. Pandai-pandai kaulah. Yang penting, kau kena siap sebelum pukul 8.30. Aku akan jemput kau kat pejabat. Faham?!” kata Nazrin sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Syaza terkulat-kulat sendiri.

********************


“Baju apa yang kau pakai ni?” tanya Nazrin sinis sambil membelek Syaza dengan matanya.
“Apa yang tak kena dengan baju saya?” tanya Syaza geram. Di benci melihat senyum sinis di wajah Nazrin. Dia juga tidak suka Nazrin merenungnya .

“Banyak yang tak kena! Takkan kau nak pergi parti Datuk Hisyam dengan pakai baju kurung? Tak pernah lagi aku tengok orang pergi parti pakai baju kurung. Kau orang pertama!” jawab Nazrin sambil ketawa. Syaza terasa terpukul. Dia memandang tubuhnya yang dibaluti sepasang baju kurung bewarna biru. Cantik! Jadi, apa yang tak kena?

“Suka hati enciklah. Saya nak balik,” kata Syaza lalu melangkah meninggalkan Nazrin. Di dalam hati berbakul sumpah seranahnya untuk Nazrin. Aku susah payah pilih baju, kau kata kolot. Dahlah tiba-tiba je arah aku ikut dia pergi parti. Dia ingat aku ni apa? Anak patung?!

Tiba-tiba sebuah kereta mewah meluncur laju dan berhenti di sebalah Syaza. Bunyi hon dibunyikan. Nyaring! Terkejut Syaza dibuatnya. Hampir-hampir dia terjatuh akibat terlalu terkejut. Syaza memandang tajam Nazrin yang selamba turun dari kereta mewah tanpa rasa bersalah.

“Encik ni memang nak saya mati ke?” sindir Syaza tajam. Dia memandang wajah Nazrin yang tegang. Kecut perut Syaza melihat raut tegang di wajah tampan itu. Terus mati kata-katanya.

“Kau, ikut aku!” kata Nazrin lalu menarik kasar tangan Syaza. Syaza terjerit kecil akibat kesakitan tetapi Nazrin langsung tidak mengendahkannya. Nazrin terus menarik kasar tangan Syaza dan menuju ke kereta mewahnya. Dia membuka pintu kereta dan menghempas Syaza ke dalam kereta. Syaza terjerit lagi. Di hatinya menyumpah Nazrin.

“Encik nak bawa saya ke mana ni?” tanya Syaza walaupun dia tahu Nazrin mahu membawanya ke parti Datuk Hisyam. Nazrin yang memandu kereta hanya diam tanpa kata. Wajahnya yang tadinya tegang sudah berubah tenang. Syaza berasap melihat wajah tenang itu. ‘Selamba rock je dia ni. Tak minta maaf langsung. Dia ingat aku ni patung McDonald ke boleh campak-campak sesuka hati?!’ marah Syaza dalam hati.

“Encik, turunkan saya di sini. Saya tak nak pergi parti tu,” kata Syaza geram. Dia mengawal rasa marahnya dan cuba untuk tidak menuturkan kata-kata yang kasar kepada bosnya itu. Kalau tidak, yang susahnya dia juga.

“Aku ni bos kau. Kau kena ikut cakap aku,” kata Nazrin selamba. Syaza berang.

“Minta maaf Tengku Nazrin Syahmi Tan Sri Tengku Ridzuan, saya ni memang pekerja encik tetapi sekarang bukan waktu bekerja. Jadi, encik tak ada hak nak perintah-perintah saya!” marah Syaza. Berangnya sudah memuncak. Merah padam mukanya menahan marah.

“Datuk Hisyam tu klien syarikat kita. Untuk mengambil hatinya, kita mestilah hadir ke majlis yang dijemput. Kau ni, bodoh ke bengap? Takkan tu pun aku nak ajar,” kata Nazrin pedas dengan selamba. Syaza berapi. ‘Sabarkanlah hati, dia ni bos kau’ kata Syaza dalam hati menenangkan diri sendiri. Berlama-lama dengan Nazrin boleh menaikkan tekanan darahnya!

‘Tak pasal-pasal aku boleh masuk hospital. Tak rela aku’

“Datuk Hisyam kan jemput encik sorang je. Jadi, kenapa heret saya jugak? Pergilah ajak girlfriend-girlfriend encik yang cantik-cantik dan bergaya tu?!” tanya Syaza sedikit lantang. ‘Menyusahkan aje dia ni’kutuk Syaza dalam hati.

“Suka hati akulah. Kenapa? Kau cemburu ke?” tanya Nazrin tanpa memandang Syaza. Syaza tersentak.

“Saya? Cemburu? Simpang malaikat 44!” jawab Syaza lalu memalingkan mukanya. Dia memandang cahaya-cahaya lampu yang menyinari bandaraya Kuala Lumpur. Mengharapkan geramnya terhadap Nazrin berkurangan apabila melihat pemandangan yang cantik itu. Entah kenapa, hatinya tercuit dengan kata-kata Nazrin tadi.

Memang diakui Nazrin memang sempurna. Dengan wajah yang kacak, kekayaan keluarga yang akan diwarisinya, kepintaran dan ketinggian budi bahasanya di hadapan orang ramai menjadikan dia jejaka idaman gadis sejak zaman sekolah lagi. Apatah lagi Nazrin tidak sombong langsung. Syaza selalu mendengar desas-desus tentang dia ni minat kat Nazrinlah, perempuan ni menyintai Nazrinlah, budak cantik tu meluahkan perasaanya kepada Nazrinlah, macam-macamlah! Syaza mengeluh. Tiba-tiba Syaza teringat pertemuan kali pertama antara dia dengan orang yang dia cintai. Kenangan itu takkan dilupakan seumur hidupnya…

Tiada ulasan: