Khamis, 1 Januari 2009

Berikan Aku HidayahMu 5

Syafiq berjalan pantas. Dia memegang kepalanya yang terasa berat. Macam mana tidak sakit, semalaman dia tidak tidur kerana kata-kata Rizal yang dia sudah jatuh cinta terngiang-ngiang di kepalanya sepan jang malam. Wajah Khairunnisa juga sering menganggunya.

“Aku betul-betul dah tak waras!” ujar Syafiq perlahan lalu masuk ke dalam lif. Di dalam lif dia berfikir seketika. Berapa lama dia harus berkeadaan begini? Berapa lama dia harus menanggung beban sebegini? Adakah dengan menjauhi Khairunnisa, masalahnya akan selesai? Dia tidak sempat mencari jawapan keapada soalan itu kerana pintu lif sudah terbuka. Syafiq segera melangkah keluar. Dalam perjalanan, Syafiq melihat Firdaus berada di meja Khairunnisa. Mereka berdua kelihatan mesra sekali. Khairunnisa juga tidak henti-henti tersenyum. Entah kenapa, Syafiq merasa yang bahang tubuhnya meningkat. Syafiq mengepal penumbuk.

“Awak datang sini untuk bekerja atau untuk bercinta?” tanya Syafiq sinis lalu masuk ke biliknya. Khairunnisa dan Firdaus kelihatan terkejut dengan teguran itu. Firdaus cepat-cepat beredar dan Khairunnisa segera memulakan kerjanya. Syafiq memerhatikan gelagat Khairunnisa dari dalam biliknya. Sekarang dia merasa bodoh pula. Kenapa dia marah apabila melihat Firdaus mesra dengan Khairunnisa?

“Argghhh!” Syafiq mencampakkan kotnya ke dinding. Dia kemudian membaringkan tubuhnya ke atas sofa. Syafiq meletakkan belakang tangannya ke atas dahi.

“Panas. Aku dah demam,”ujar Syafiq lalu pandangannya terus gelap.
******************************

Syafiq merasakan sesuatu yang lembap melekat di dahinya yang panas. Syafiq cuba membuka matanya. Perlahan-lahan, ruang pejabat yang kabur mulai jelas di pandangan matanya.

“Encik dah sedar? Encik demam ni,” suara Khairunnisa menggetarkan gegendang telinganya. Syafiq menggelengkan kepalanya beberapa kali, memikirkan suara Khairunnisa hanyalah khayalan. Syafiq cuba bangun dari pembaringannya. Tiba-tiba ada tangan yang menghalang pergerakannya, menyebabkan dia kembali baring di sofa.

“Encik kan tak sihat lagi. Encik baring la dulu. Tapi sebelum tu, encik kena makan ubat ni dulu,” suara Khairunnisa kedengaran lagi dan sejurus itu wajah Khairunnisa jelas di matanya. Syafiq mencubit pipinya, memastikan yang dia tidak mimpi atau berkhayal.

“Auchh!”Syafiq terjerit kecil. Sakit, ini bermakna yang dia tidak bermimpi atau berkhayal. Khairunnisa betul-betul berada bersamanya.

“Kenapa encik cubit pipi? Mestilah sakit. Nah, makan ubat ni sekarang,” Khairunnisa menghulurkan dua biji ubat di dalam piring. Di tangan kirinya ada segelas air suam. Syafiq memandang ubat itu lama. Dia memang tak suka memakan ubat. Pahit!

“Kenapa tak makan lagi? Encik tak suka makan ubat ke?”ramal Khairunnisa. Wajah Syafiq segera berubah apabila tekaan Khairunnisa itu tepat-tepat terkena. Egonya tercabar. ‘Takkan aku nak jatuhkan kelakian aku depan perempuan. Mana boleh!’jerit Syafiq dalam hati. Dia mencapai ubat itu dan terus menelannya. Serta merta wajahnya berubah kelat. Pahit!!!!!

“Sekarang encik tidurlah ye,”ujar Khairunnisa lalu menukar tuala lembap di dahi Syafiq. Syafiq terpana.
*********************************

“Aku cintakan dia. Aku cintakan Khairunnisa!”jerit Syafiq kuat lalu menghentak stereng kereta. Barulah sekarang dia boleh mengakui perasaannya terhadap Khairunnisa. Setelah hampir dua bulan dia cuba menepis perasaanya, akhirnya dia menyerah kalah. Dia sudah tidak sanggup. Sekarang dia harus memikirkan cara supaya Khairunnisa menjadi miliknya.

“Aku pikat je dia macam aku pikat perempuan lain!”ujar Syafiq. Tiba-tiba wajah cerianya mula mengendur. Arrgghh! Takkan boleh punya. Khairunnisa bukan macam perempuan lain.

“Macam mana kalau dia dah ada kekasih sekarang?” kata Syafiq sayu. Dia mula membayangkan Khairunnisa berada dalam pelukan lelaki lain. Mana boleh!

Alunan muzik memecahkan kesunyian malam di dalam kereta Syafiq. Syafiq mencari-cari telefonnya. Tangannya mencapai telefon yang sudah berada di lantai kereta. Tiba-tiba Syafiq mendengar satu dentuman di hadapannya. Syafiq cuba mengawal kereta yang mula hilang kawalan. Satu dentuman sekali lagi kedengaran di telinga Syafiq sebelum pandangannya gelap.
*********************************

Syafiq membuka mata yang terasa berat. Pandangannya masih gelap walaupun dia sudah membuka matanya.

“Syafiq, kamu dah sedar? Syukurlah!”suara mama kedengaran tapi Syafiq tidak dapat melihat wajah mama.

“Mama, kenapa gelap sangat ni? Ma, tolong bukakan lampu,”pinta Syafiq. Suara mama segera hilang selepas dia berkata begitu tetapi digantikan dengan suara esakan.

“Ma, kenapa mama nangis? Syafiq tak apa-apa. Tapi Syafiq tak nampak, ma. Gelap sangat. Mama, tolong bukakan lampu ma. Gelap, ma!” Syafiq hampir menjerit. Dia mula cemas. Esakan mama semakin kuat. Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh lembut bahunya.

“Fiq, sabar ya. Mata Syafiq cedera sewaktu kemalangan. Doktor dah cuba, tapi tak berhasil. Sabar nak,” suara papa kedengaran. Syafiq terpaku. Dia buta? Dia sudah tidak dapat melihat? Serentak itu Syafiq meraung sekuat hati.

3 ulasan:

DianaTakyuddin berkata...

best2..susah nk bce cite laki yg buta..nice work..hehe

Tanpa Nama berkata...

best la cita dia...cpt2 la smbug..
>>teratailayu_17<<

mady and yana berkata...

syafiq buta?

cian dier..hehe