Khamis, 11 Disember 2008

Harapan 5(End)


“Mariam, syukur kamu dah sedar. Mak risau betul. Kenapa kamu buat macam ni? Kamu tak sayang mak ke?” suara itu yang pertama Mariam dengar selepas membuka mata. Majah mak terlayar di ruang mata. Dia lihat wajah itu sembap, mungkin baru lepas menangis.


“Ma, maafkan Mariam,” ucap Mariam dengan suaranya yang lemah. Mak menganggukkan kepalanya lalu memeluk Mariam dalam tangisan.


“Mak ingat, mak takkan boleh dengar suara kamu lagi. Mak tak sanggup hilang kamu. Mak dah hilang Aishah, mak tak boleh hilang kamu lagi,”mak menangis lgi. Mariam juga sudah menitiskan air mta. Dia lupa yang masih ada lagi insan di dunia ini yang sayangkannya. Dia betul-betul lupa dan sekarang dia menyesal kerana menyebabkan orang yang menyayanginya sedih.


“Sayang..,”suara garau menghentikan air mata Mariam. Dia kenal suara itu! Segera Mariam berpaling.


“Apa pak cik buat kat sini? Macam mana keadaan Salina?” tanya Mariam apabila melihat Pak Cik Razman di pintu. Keadaan senyap seketika. Mak tiba-tiba bangun.


“Diari itu ada dalam laci, Maryam,” kata mak lalu keluar dari bilik. Mariam kehairanan apabila Pak Cik Razman datang menghampirinya.


“Bukan pak cik, panggil papa,” kata-kata itu mengejutkan Mariam. Dia terpaku.


“Apa yang pak cik merepek ni? Pak cik bukan papa Mariam. Papa Mariam dah meninggal,” balas Mariam. Dia meniru dialog maknya yang menyatakan papanya sudah tiada. Pak Cik Razman menggeleng.


“Maafkan papa sebab tak percayakan Mariam. Salina dah ceritakan semuanya. Dia jatuh sendiri, bukan Mariam yang tolak. Dia juga beritahu satu rahsia besar yang dia tahu sewaktu dia melawat rumah Mariam. Dia dah baca diari tu. Dia dah tau semuanya. Kenapa Mariam tak beritahu, Mariam anak papa?” tanya Pak cik Razman lalu duduk di sebelahnya. Wajah Mariam berubah semakin pucat.


“Mariam tak faham apa yang pak cik cakap. Mariam tak nak dengar lagi!” Mariam hampir menjerit. Dia mahu melupakan semuanya. Dia mahu melupakan apa yang dia tahu melalui diari itu. Dengan ini, dapatlah dia melupakan dendam yang menghantuinya selama ini.


“Mariam, papa dah tahu semuanya. Jangan berdalih lagi. Mak long kamu dah ceritakan semuanya. Papa mintak maaf, papa tak tahu kewujudan Mariam. Papa bersalah pada ibu kamu dan kamu. Papa tak patut percayakan fitnah tu. ini semua salah papa. Kalau papa tak tinggalkan ibu kamu, pasti dia masih hidup sekarang. Ini semua salah papa,” kata Pak Cik Razman. Wajahnya sugul dan tidak bermaya. Mariam diam. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia menarik nafas panjang lalu mencapai diari lama di dalam laci. Dia menghulurkan diari itu kepada Pak Cik Razman.


“Ini diari ibu sebelum ibu meninggal. Bacalah,” kata Maryam lemah. Pak Cik Razman merenung diari itu sejenak lalu menyambutnya dari tangan Maryam. Jarinya menyelak halaman diari itu. Wajahnya pucat dan tanggannya menggigil. Selepas beberapa lama, Maryam melihat mata Pak Cik Razman berair. Dan akhirnya Pak Cik Razman menyelak ke halaman terakhir. Air mata Pak Cik Razman menitik.


“Sehari sebelum ibu meninggal, ibu menulis itu. Ibu dan redha dengan semuanya. Ibu dah lupakan kesalahan pak cik dan ibu hanya mahu pak cik redha dengannya. Ibu masih sayangkan pak cik,” kata Maryam sambil menunduk. Dia teringat tulisan terakhir ibu.

Semoga anakku tidak akan mengikuti jejak penderitaan hidupku….

“Maaf, maafkan papa. Papa salah. Jangan benci papa. Papa takut betul bila dapat berita tentang Maryam. Papa tak nak hilang Maryam, lepas papa hilang Salina,” ucap Pak Cik Razman dengan sendu. Maryam terpana.


“Apa maksud pak cik? Apa..apa maksud pak cik pak cik dah hilang Salina?”tanya Maryam. Tanggannya mula sejuk.


“Salina..dia dah meninggal. Salina sakit, barah otak. Dia jatuh akibat penyakitnya itu. Pak tahu, Salina sakit. Sebab itu pak cik bawa dia balik ke sini. Dia meninggal tadi, selepas cerita tentang diari itu,” terang Pak Cik Razman sugul. Maryam menangis tersedu-sedu. Dia sudah kehilangan Salina. Dia tidak akan dapat melihat senyum Salina lagi, tawa Salina dan dia tidak akan dapat mendengar suara lembut Salina lagi. Tak akan!


“Sayang, tolong maafkan papa. Biarkan papa membalas masa 17 tahun yang papa persiakan dulu. Tolong papa,”rayu Pak Cik Razman. Tiba-tiba Mak Cik Hayati menapak masuk. Dia memeluk Mariam erat. Mariam terpaku.


“Kalaulah kami tahu. Tentu Mariam menderita selama ini. Maafkan kami,”Mak Cik Hayati menangis. Air mata Maryam tumpah juga.


“Mama, papa….”


****************************************

Angin kencang menganggu lamunannya. Dia kembali memandang kuburan di hadapannya. Air mata menitis jua. Sudah sembilan tahun berlalu sejak Salina meninggal dan sejak sembilan tahun itulah dia tidak pernah putus mengunjungi pusara Salina ini. Dia begitu terhutang budi dengan Salina. Dengan bantuan Salina, dia berjaya juga mencapai bahagia yang diimpikannya. Dia juga sudah berubah. Tidak lagi hipokrit seperti dulu. Dia kini kembali menjadi seorang muslim. Dia mahu menjadi muslim yang soleh, sesoleh wanita yang mempunyai nama yang sama dengannya. Mariam, ibu kepada Nabi Isa. Selain itu, dia kini memiliki papa dan mama. Satu perkara yang dulu, difikirkan tidak mungkin. Papa dan mama sangat menyayanginya, dia sangat bahagia kini. Cuma, kadangkala dia dapat juga melihat satu ruang kosong di mata papa dan mama. Kesunyian yang ditinggalkan Salina.


“Terima kasih, Salina. Terima kasih saya peluang untuk merasa gembira,” ucap Maryam lalu menapak berlalu dari kuburan itu. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seseorang. Shahril?!


*******************************

“Dah lama kita tak jumpa, kan?” Shahril memulakan bicara. Maryam sekadar mengangguk. Sejak kematian Salina, Shahril tidak pernah berbicara dengannya. Selepas peperiksaan SPM, mereka membawa haluan masing-masing. Maryam melanjutkan pelajaran di universiti tempatan sahaja manakala Shahril, di luar negara. Lapan tahun bertemu semula, Maryam kekok berhadapan dengan Shahril. Apatah lagi kata-kata terakhir terhadapnya adalah tuduhan bahawa dia yang menolak Salina.


“Macam mana keadaan awak sekarang?” tanya Shahril.


“Baik. Kehidupan saya banyak berubah sejak peristiwa lapan tahun dulu,” kata Maryam. Dia memandang sekeliling kafe. Melarikan diri dari memandang wajah Shahril.


“Saya juga,”balas Shahril. Selepas itu, masing-masing diam.


“Saya minta maaf. Dulu saya dah tuduh awak. Maaf,” Shahril memecahkan kesunyian. Mariam memandang wajah Shahril. Sudah tiada sakit di hatinya. Dia tidak mahu menjadi pendendam lagi seperti dulu. Malah, perasaannya kepada Shahril sudah mati sejak kematian Salina. Dia sudah tidak menyintai Shahril lagi. Namun, dia dapat melihat masih ada sinar cinta di mata Shahril. Sinar cinta itu sudah lama dilihatnya. Sinar cinta itu bukan untuknya, sinar itu untuk Salina. Dan kini walaupun Salina sudah tiada, sinar itu langsung tidak pernah pudar.


“Setiap insan melakukan kesilapan. Saya juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Yang penting kita harus memperbaiki kesilapan dan tidak mengulanginya lagi,” ucap Maryam. Bibirnya mula menguntum senyuman nipis. Shahril terdiam seketika. Dia kemudian membalas senyuman itu.


************************************

“Maryam, datang ke sini sekejap,” panggil mama. Maryam yang sedang melangkah untuk ke dapur terhenti. Dia berjalan menuju ke arah mama dan papa di ruang tamu. Hatinya tertanya-tanya.


“Ada apa, mama?”tanya Maryam. Dia duduk di hadapan mama.


“Tadi, ada rombongan merisik kamu,” jawab papa. Maryam terkejut.


“Mama dan papa jawab apa?” tanya Mariam sedikit cemas. Dia mula tak senang duduk tapi sedaya upaya dia cuba berlagak tenang.


“Kami tak jawab lagi. Kami minta tempoh. Kami nak tanya pendapat kamu,” kata mama. Mama menghulurkan satu kotak baldu ke arah Mariam. Mariam menyambutnya. Dia memandang cincin di dalamnya, cantik. Tapi, dia belum bersedia. Hatinya sudah tertutup untuk menerima jejaka dalam hidupnya setelah peristiwa dulu. entah kenapa, dia tidak yakin dengan cinta. Dia juga mungkin tidak yakin untuk menerima seseorang dalam hidupnya.
“Siapa?”tanya Mariam perlahan.


“Shahril..”jawab mama. Mariam terkejut. Shahril?! Dia hanya bertemu semula Shahril dua bulan lalu. Dan hanya sekali itu sahaja. Lagipun Shahril masih menyintai Salina, Shahril langsung tidak menyintainya! Apa yang ada dalam fikiran Shahril?


“Kamu setuju atau tidak? Kami tak kisah kalau kamu tolak. Kami cuma mahu kamu bahagia,”ujar mama. Maryam memandang wajah mama dan papa. Walaupun mama mengatakan yang mereka tidak kisah, dia dapat melihat harapan di mata mama dan papa. Mana mungkin mereka boleh menyembunyikan itu. Tapi, dia dan Shahril saling tidak menyintai..


“Kamu setuju atau tidak?” tanya mama sekali lagi. Mariam semakin keliru. Tanpa sedar, dia memberikan jawapan. Telinganya tidak dapat menangkap apa jawapannya, tapi yang pasti dia melihat senyum di wajah mama dan papa. Dia juga melihat cincin itu sudah tersarung di jari manisnya. Mariam menunduk. Dia tidak tahu sama ada keputusannya ini tepat atau tidak. Yang dia tahu, dia mahukan mama dan papa gembira. Dia mahukan mama dan papanya senang walaupun mungkin keputusan ini akan menjeratnya kelak. Walaupun dia mengerti yang cinta Shahril bukan kepadanya dan cintanya sudah mati untuk Shahril, dia rela. Kini, dia hanya mampu berdoa bahawa keputusan ini adalah yang terbaik. Itu harapannya kini..

5 ulasan:

the sedow geng berkata...

hu~
x der k smbungn cter niey???
wat la caner hidup dye ngn syahril..
kui3...ermm..
naper x ltk chitchat box???
sng cket>>>
muahaha~
ader emil x???
sng cket nk jwb psl playlist tuhs...
diz is my email...
tsg_evoxis@yahoo.com
tQ...
CTER2 AWK SEMER BEZ...

Tanpa Nama berkata...

Salam...cerita awak ni ...mendebarkanlah. Dendam,hipokrit etc....pandai awak adun. Saya tenggelam masa baca cerita ni. Tahniah, and selamat berkarya!

bidadari cinta berkata...

best cite ni..byk pgajaran...

Tanpa Nama berkata...

btl 2 knp x smbg???cita ni best..

bieydiey berkata...

lar dah habis ker...tergantung ler..x puas hati kat situ sket...